PELAWAK, pelakon dan penyampai radio, Jep Sepahtu berkongsi khabar gembira apabila isterinya yang juga pelakon, Sari Yanti selamat bersalin anak kedua mereka hari ini.

Tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai bayi lelaki tersebut, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin bagaimanapun meluahkan rasa syukur dan turut berterima kasih kepada isterinya itu.

"Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar... Terima kasih sayang untuk cahaya mata kedua kita," tulisnya menerusi akaun Instagram.

Iklan

Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata iaitu Dariya Inara yang kini berusia dua tahun.

Iklan

Ini merupakan anak keempat Sari Yanti. Sebelum ini, Sari Yanti dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Bagaimanapun Sari Yanti, 36, pernah melalui dua pengalaman keguguran termasuk terpaksa dibuang tiub fallopian apabila kehamilan itu berlaku di luar rahim ketika awal perkahwinannya.