PENYANYI hip-hop terkenal, Joe Flizzow, 41, selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya, Marini Ramlan, hari ini.

Foto majlis disebut dikongsi adik kepada pengantin perempuan, Didi Ramlan menerusi laman Instagramnya sebentar tadi. Bagaimanapun maklumat lanjut tentang majlis tersebut tidak dinyatakan.

Joe atau nama sebenar, Johan Ishak yang mengikat tali pertunangan dengan Marini pada 28 Disember tahun lalu, merancang untuk melangsungkan majlis pernikahan pada April, namun ditangguhkan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan Covid-19.

Peminat dan rakan-rakan selebriti tidak ketinggalan meraikan berita gembira itu dengan mengucapkan tahniah dan doa buat pasangan pengantin di ruangan komen hantaran tersebut.

Iklan

https://www.instagram.com/p/CB4q1YGpVfE/?utm_source=ig_web_copy_link

Iklan

(FOTO: Instagram Didi Ramlan @misdeeds_)