PENGARAH filem hebat, Joel Schumacher dilaporkan meninggal dunia pagi tadi di New York, Amerika Syarikat setelah lebih setahun menderita kanser.

Mendiang yang berusia 80 tahun, pernah mengarahkan filem hebat seperti Batman Forever pada 1995, Batman & Robin (1997), Falling Down (1993), The Lost Boys (1987) dan St. Elmo’s Fire (1985).

Schumacher dilahirkan di Queens dan bersekolah di Parsons School of Design at New School University. Mula menjejak kaki di Hollywood sebagai seorang pereka kostum dan penulis skrip untuk filem The Wiz dan Car Wash pada tahun 1970-an.

Iklan

Antara karya terbaru Schumacher adalah filem The Phantom of the Opera dan drama House of Cards yang ditayangkan di Netflix.

Iklan