Jom jalan

1,200 tiket tren khas MySawasdee terus ke Hat Yai habis terjual dalam 30 minit. Ini destinasi menarik wajib singgah

HAT YAI, Thailand antara destinasi popular di sempadan negara yang menjadi pilihan orang kita untuk bercuti.

Selain terkenal dengan jolokan syurga makanan pada nilai lebih murah, banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi pada harga bajet.

KTMB dalam Facebook rasmi baru-baru ini mengumumkan satu berita gembira buat orang ramai yang mengimpikan percutian ala backpackers melalui perjalanan tren ke sana.

Tiga perjalanan tren khas MySawasdee yang dibuka sepanjang bulan ini membawa penumpang dari KL Sentral terus ke Hat Yai.

Kiranya para penumpang yang memilih tren khas berkenaan tidak perlu berhenti di Padang Besar dan perjalanan kalian lebih lancar.

Tawaran tiket untuk perjalanan sehala dan dua hala dibuka kepada orang ramai, tetapi kena ingat semua itu hanya untuk tiket dewasa sahaja.

Setakat promosi dibuat, tiada tambang kanak-kanak atau konsesi ditawarkan selain tidak termasuk pakej lawatan, makanan dan minuman.

Jualan tiket yang bermula pada 29 November jam 3 petang itu bagaimanapun dikatakan menerima sambutan luar biasa.

Mana tidaknya, sebanyak 1,200 tiket tren khas tersebut habis dijual dalam tempoh 30 minit sahaja!

Memang dahsyat penangan jualan tiket yang bernilai RM75 sempena kempen MySawasdee December Mania yang dianjurkan buat pertama kalinya.

Memahami kesedihan kaki jalan yang tidak berkesempatan untuk membeli ‘tempat duduk’ dalam tren khas berkenaan, KTMB mengumumkan satu lagi berita menarik.

Bagi mereka yang merancang untuk menghabiskan cuti tahun, tempahan tren tambahan ETS untuk Disember ini sudah dibuka.

Baca juga Warga Pantai Timur boleh rebut tawaran Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia KTMB pulang beraya

Pilihan alternatif untuk ke sempadan negara melalui Padang Besar sebelum sambung perjalanan ke Hat Yai dengan tren Shuttle State Railway of Thailand.

Jualan tiket ETS tambahan tersebut akan dibuka pada 9 Disember ini untuk perjalanan setiap Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin.

Shuttle State Railway of Thailand.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut memuji pendekatan KTMB yang memudahkan perjalanan ke sempadan.

Tidak kurang juga ramai yang memohon pengendali kereta api utama di Semenanjung itu menambah baik servis.

Berikut komen netizen:

Ini membuktikan masih ramai mahukan perkhidmatan koc konvensional.

Sudah masanya KTMB sediakan perkhidmatan ke Hat Yai ini secara mingguan.

Sepatutnya kembalikan semula perjalanan Ekspres Langkawi supaya rakyat boleh memilih servis yang sesuai.

Tengok tak sampai setengah jam sudah habis 1,200 tiket ni staf KTMB pun tak cukup.

Minta tambah trip lagi. Cuti sekolah ramai nak berjalan.

Menyesal teragak-agak nak beli tiket.

Ramai juga ya yang terkilan disebabkan tiket laku keras dengan pantas.

Mungkin selepas ini ada pilihan lain yang lebih baik buat mereka yang sudah plan bercuti bersama pengangkutan KTMB.

Baca juga KTMB perkenal kios tiket layan diri tanpa tunai, cara mendaftar cukup mudah!

Apa pun, survey dan dapatkan tiket anda melalui aplikasi KTMB Mobile atau pembelian Go Cashless yang lebih mudah dan cepat.

DESTINASI TUMPUAN

Pembelian tiket sudah dibuat, apa destinasi menarik yang boleh kita singgah?

Khas untuk pembaca SinarPlus, kami senaraikan beberapa lokasi yang wajib pergi:

SUMBER foto Sinar Harian.

1. Pasar Terapung Hatyai Klong Hae
Alamat: Khlong Hae, Hatyai, Thailand
Waktu operasi: 3 petang hingga 9 malam ( Jumaat hingga Ahad)
Tiket masuk: Percuma

2. Hatyai Cable Car
Alamat: Kho Hong, Hat Yai District, Thailand
Waktu operasi: 9 pagi hingga 8 malam
Tiket masuk: 200 baht (RM25.20)

SUMBER foto Freepik.

3. Tugu Ikan Duyung Pantai Samila
Alamat: Pantai Samila, Songkhla, Thailand
Waktu operasi: 24 jam
Tiket masuk: Percuma

4. Terowong Bersejarah Khao Nam Khang
Alamat: Mu 1, Tambon Khlong Kwang, Amphoe Na Thawi, Songkhla, Thailand
Waktu operasi: 8 pagi hingga 5 petang
Tiket masuk: 150 baht (RM18.90)

SUMBER foto Facebook Chang Puak Camp.

5. Chang Puak Camp
Alamat: 86, Moo 1, Thoong Yai, Hat Yai, Songkhla, Thailand
Waktu operasi: 8 pagi hingga 5 petang
Tiket masuk: Percuma

6. Pasar Malam ASEAN
Alamat: Jalan Chotwittayakul 5, Hat Yai, Thailand
Waktu operasi: 4.30 petang hingga 10 malam
Tiket masuk: Percuma

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Arziana Mohmad Azaman

 

Share
Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Suhaimi Sulaiman dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, 6 info berkaitan

Suhaimi Sulaiman dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, 6 info berkaitan PENGGIAT media terkemuka, Suhaimi…

2 hours ago

Chelsia Ng sedia terima cabaran baharu, sasaran berbeza untuk tahun 2023

SENTIASA positif dalam merencana kerjaya seninya, pelakon Chelsia Ng mengharapkan agar tahun 2023 bakal menyaksikan lebih…

7 hours ago

Tip cuci sendiri toto guna dobi layan diri. Kena pandai pilih suhu air, pengering yang sesuai

SETIAP kali nak cuci toto atau comforter, ramai yang memilih untuk menghantar ke dobi memandangkan…

7 hours ago

Peraduan Syoknya 25 Tahun PTPTN Kategori Digital mendapat sambutan hangat

Peraduan Syoknya 25 Tahun PTPTN Kategori Digital mendapat sambutan hangat Peraduan Syoknya 25 Tahun PTPTN…

8 hours ago

Dekorasi vazz bertemakan Tahun Baharu Cina jadi port instagrammable, 5 pusat beli-belah ini wajib disinggah

SEMPENA cuti perayaan Tahun Baharu Cina, mesti ramai merancang untuk pulang ke kampung untuk menghabiskan…

9 hours ago

Kuali legend legam kembali berkilat, hanya guna kapur makan, tak perlu sental kuat

KUALI ‘legend’ selalu jadi pilihan mak-mak walaupun memiliki pelbagai peralatan dapur canggih. Ramai yang kata…

9 hours ago