BERMAIN salji di dalam negara yang beriklim tropika dengan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun seperti di Malaysia adalah tidak mustahil.

Ini kerana sudah banyak pengusaha tempatan menawarkan destinasi berlibur dengan suasana dingin dan berais, seolah-olah berada di kutub utara ataupun selatan.

Sudah tentunya bagi si kecil, dapat bermain atau pegang salji menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Apatah lagi, mereka boleh membina orang salji sambil bermain permainan yang disediakan termasuk meluncur ais.

Di Malaysia, keunikan lokasi jalan-jalan tersebut menjadi pilihan buat mereka yang sukakan kelainan untuk percutian hujung minggu.

Lagi seronok apabila minggu ini cuti panjang sempena sambutan perayaan Deepavali.

Berikut tiga pilihan rumah salji yang boleh dipertimbangkan sebagai itinerari cuti pada minggu ini:

salji

Rumah Salji Rembau
Alamat: Lot 1701, Kedai Kampung Batu Nunggul, Rembau, Negeri Sembilan
Waktu operasi: 9 pagi hingga 7 malam
Harga: RM10 (untuk tempoh 30 minit)
Facebook: NKA Frozen Food

Baca juga Destinasi akuarium gergasi wajib singgah, lokasi nombor 4 memang popular dan puas hati

salji

Snowalk
Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 3 petang hingga 11 malam
Harga: Bermula RM45 (Bergantung kepada pakej)
Facebook: Snowalk, i-City
Laman web: https://iticket.i-city.my/

Baca juga 5 destinasi riadah mesra kanak-kanak di Negeri Sembilan, lokasi nombor 4 memang awesome

Iklan

salji

Rumah Empat Musim
Alamat:Taman Botani Negara Shah Alam, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 4.30 petang
Harga: RM3 (kanak-kanak) dan RM5 (dewasa)
Facebook: Taman Botani Negara Shah Alam

Baca juga 5 lokasi liburan si kecil, destinasi nombor 4 memang berbaloi untuk cungkil kreativiti

Jadi, apa tunggu lagi? Tempahan tiket online rasanya lebih murah dengan pakej bundle.

Iklan

Sambil bercuti, banyak tempat menarik di sekitar kawasan rumah salji yang boleh dikunjungi.

salji
SUMBER foto: Canva

Paling penting, jaga prosedur operasi standard dan penjarakkan sosial ya! Ingat, negara kita masih belum bebas sepenuh dengan wabak Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi