KUCING sememangnya antara makhluk istimewa yang mempunyai tempat tersendiri di dalam hati pencinta haiwan.

Bukan saja diambil sebagai haiwan kesayangan, si bulus juga dijaga di kawasan khas demi kebajikan ‘mereka’.

Jepun misalnya, menempatkan kucing terbiar di sebuah pulau khas.

Keunikan tersebut juga menjadi tarikan buat pelancong dari serata dunia untuk singgah dan beramah mesra dengan anak bulus tanpa sebarang caj.

Hanya beli makanan atau snek ringan untuk ‘mereka’ sudah memadai.

kucing

Demi memastikan makan minum dan kesihatan haiwan jinak itu terjaga, terdapat pasukan sukarelawan khas ditubuhkan untuk memantau dari semasa ke semasa.

Sebenarnya, kalian tidak perlu terbang jauh ke Jepun semata-mata mahu melihat pulau kucing.

Baca juga DIY cat feeder untuk kucing jalanan. Boleh praktikkan jika nak balik kampung. Modalnya, guna botol mineral jer. Mudah & praktikal!

Ini kerana di beberapa tempat pelancongan popular di negara ini sudah mempunyai tarikan sama.

kucing

Jangan tak percaya, di Pulau Pinang sendiri sudah mempunyai santuary khas yang dipanggil Pantai Kucing buat si bulus jalanan dan terbiar tanpa tuan.

Menariknya lagi, kalian boleh menyumbang dana atau tenaga untuk membantu pihak pengurusan di sana supaya dapat terus beroperasi menjaga lebih 30 kucing.

Baca juga AS rekod 76.5 juta kucing paling banyak di dunia, kenali 5 destinasi pelancongan dengan tarikan si bulus

Bukan apa, kos makanan dan perubatan ‘mereka’ bukannya murah.

kucing

Tidak hanya di Pulau Pinang, Cameron Highland, Pahang yang terkenal dengan pusat peranginan puncak gunung itu juga memiliki keunikan taman si bulus yang mungkin ramai yang tak tahu.

Carian SinarPlus di media sosial mendapati, banyak lagi tempat khas si kucing yang dibuka secara umum kepada pengunjung.

Berikut perinciannya:

kucing

1. Pantai Kucing
Alamat: 778, Jalan Teluk Awak, Teluk Bahang, Georgetown, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 jam
Tiket masuk: Percuma
Facebook: Cat Beach

Iklan

kucing

2. Cat House Cameron Highland
Alamat: Jalan Aranda Nova, Cameron Highlands, Pahang
Waktu operasi: 10 pagi hingga 6.30 petang
Tiket masuk: RM6 (dewasa) dan RM4 (kanak-kanak)
Facebook: Cat House Cameron Highlands

kucing

3. Taman Kucing Dungun
Alamat: Taman Rekreasi Bukit Bauk, Dungun, Terengganu
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 4.30 petang
Tiket masuk: Percuma
Facebook: Majlis Perbandaran Dungun

kucing

4. Zoo Kucing KSCC
Alamat: Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram, Kuala Selangor, Selangor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang
Tiket masuk: RM16-RM18 (dewasa) dan RM12-RM14 (kanak-kanak)
Facebook: KSCC Jeram

Wow menarik,kan? Rasanya tempat-tempat yang dinyatakan di atas memang mudah untuk dikunjungi selain terletak di kawasan tumpuan orang ramai.

Iklan

kucing

Bagi mereka yang sukakan si bulus, bolehlah cuci mata dan bermain dengan kucing manja yang sedia menanti pengunjung.

Khusus untuk tempat penjagaan kucing terbiar, apa kata kita bantu dan memberi sumbangan semampu yang boleh untuk menyokong usaha murni mereka.

kucing

Percayalah, berbudi sesama makhluk dengan seikhlas hati, insya-ALLAH urusan kita akan dipermudahkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi