CUTI hujung minggu menjadi saat yang ditunggu-tunggu buat anak-anak selepas mereka penat memerah otak di sekolah.

Bagi ibu bapa yang merancang untuk membawa si kecil berjalan-jalan di pusat beli-belah, apa kata sekali-sekala ajak mereka pergi meluncur ais.

Pasti idea tersebut disambut dengan penuh keterujaan, apatah lagi buat si kecil yang belum pernah merasai pengalaman ice-skating.

Di Malaysia, lokasi liburan sedemikian semakin banyak diperkenalkan dan menariknya, lokasinya terletak dalam di dalam pusat beli-belah.

Jadi, soal keselamatan, tidaklah dibimbangi sangat.

Berikut empat lokasi yang dicadangkan SinarPlus untuk memenuhi itinerari hujung minggu anda bersama anak-anak:

ice-skating

1. Icescape iOi City Mall
Alamat: IOI City Mall Putrajaya
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Tiket: RM5 (pelawat), RM30 (hari biasa) dan RM35 (hujung minggu)
Facebook: Icescape Ice Rink
Instagram: @icescapeicerink

Baca juga 5 lokasi liburan si kecil, destinasi nombor 4 memang berbaloi untuk cungkil kreativiti

ice-skating

2. Blue Ice Skating Rink KL East Mall
Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2, Kuala Lumpur Timur, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Tiket: RM30 (hari biasa) dan RM35 (hujung minggu)
Facebook: Blue Ice Skating Rink
Instagram: @blueiceskatingrink
Laman web: https://www.blueiceskatingrink.com/

ice-skating

3. Sunway Pyramid Ice
Alamat: Sunway Pyramid, Jalan PJS 11/15, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Tiket: RM25 (hari biasa) dan RM30 (hujung minggu)
Facebook: Sunway Pyramid Ice
Instagram: @PyramidIce

Baca juga Destinasi akuarium gergasi wajib singgah, lokasi nombor 4 memang popular dan puas hati

ice-skating

4. Blue Ice Skating Rink Paradigm Mall Johor Bahru
Alamat: 3F-30, Jalan Skudai Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Tiket: RM30 (hari biasa) dan RM35 (hujung minggu)
Facebook: Blue Ice Skating Rink (Blue Ice Skating Rink at Paradigm Mall Johor Bahru)

Okey, kepada pembaca SinarPlus semua selamat mencuba.

ice-skating

Kongsilah dengan kami pengalaman anda bersama-sama anak-anak nanti di ruangan komen.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi