SETIAP kali merancang untuk staycation mana-mana hotel idaman, pasti fasiliti kolam renang menjadi antara kriteria penting.

Bagi mereka yang memiliki anak kecil, sudah tentunya kemudahan seumpama itu boleh menceriakan percutian.

Bagi mereka, aktiviti air memang menyeronokkan.

Sebab itu, kebanyakan pemilik hotel cuba menonjolkan keunikan fasiliti berkenaan siap lengkap dengan desain yang unik.

Carian SinarPlus di media sosial mendapati, banyak hotel di sekitar Kuala Lumpur yang menawarkan konsep kolam renang infiniti dengan pemandangan ibu kota yang terbentang luas.

HOTEL VIRAL

Tidak kurang juga, ada segelintir hotel yang memberi effort yang tinggi dengan menyediakan kolam istimewa persis di Pamukkale, Turki.

Di Putrajaya dan Selangor, kolam renang lengkap dengan taman tema mini juga memang tersendiri.

Berikut info ringkas hotel yang memiliki keunikan kolam renang tersendiri yang menjadi tumpuan:

HOTEL VIRAL

Arte Mont Kiara
Alamat: Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 24 jam
Pakej: Bermula RM162 (booking.com)
Facebook: Arte Mont Kiara
Instagram: @arte_mont_kiara

HOTEL VIRAL

The Face Suites
Alamat: 1020, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 24 jam
Pakej: Bermula RM298
Facebook: THE FACE Suites
Instagram: @thefacesuites

Baca juga Rupa-rupanya banyak destinasi menarik di Pontian, Johor untuk dilawati. Ini 5 lokasi wajib pergi

HOTEL VIRAL

IBIS KL
Alamat: 32, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 24 jam
Pakej: Bermula RM259
Facebook: ibis Kuala Lumpur City Centre
Instagram: @ibisklcc

Baca juga Bermalam hotel bertemakan penjara, lelaki ini kongsi pengalaman lucu buat ramai netizen geli hati

Iklan

HOTEL VIRAL

Doubletree Hilton Putrajaya
Alamat: 2, Jalan P5/5, Presint 5, Putrajaya
Waktu operasi: 24 jam
Pakej: Bermula RM386
Facebook: DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside
Instagram: @doubletreeptjayalakeside

HOTEL VIRAL

Sunway Hotel Pyramid
Alamat: Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 24 jam
Pakej: Bermula RM353.60
Facebook: Sunway Hotel Pyramid
Instagram: @sunwaypyramidhotel

Baca juga Satu-satunya di Malaysia, hotel dalam jet peribadi suntik kelainan. Ini fasiliti yang disediakan

Destinasi percutian singkat yang disenaraikan memang menarik untuk dicuba bagi mereka yang belum pernah singgah.

Iklan
HOTEL VIRAL
SUMBER foto Pexels.

Apa kata kalian plan untuk anak-anak memandangkan cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi.

Jika tempah awal, mungkin boleh menikmati harga promosi. Jadi, jimat sikit duit poket, kan?

Okey, jangan lupa kongsikan pengalaman kalian di ruang komen ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi