APABILA merancang untuk bercuti, sudah tentunya destinasi glamping antara pilihan staycation yang menjadi rebutan ramai.

Lagi syok jika pilihan lokasi tersebut berhampiran sungai, pantai, air terjun, tepi bukit atau gunung yang tersergam indah.

Bukan sahaja memiliki bonus pemandangan yang cantik, trend berkhemah dengan suasana mewah menjadikan percutian lebih romantik dan vazz.

Walaupun suasana kamar nampak premium, namun harga pakej yang ditawarkan memang mampu milik.

glamping

Sememangnya itu yang dicari ramai kerana memang kena dengan bajet tatkala mahu bercuti bersama insan tersayang.

Melalui carian SinarPlus di media sosial, lambakan lokasi glamping di seluruh negara menarik perhatian ramai.

Tidak hanya kediaman nomad yang ditawarkan, aktiviti outdoor seperti barbeku, berbasikal, mandi-manda di kolam (khususnya untuk kanak-kanak) memang menyeronokkan!

Berikut antara pilihan menarik yang boleh dipertimbangkan pembaca SinarPlus:

glamping

1. River & Glamp

Alamat: Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, Batu Caves, Selangor
Pakej: Bermula RM199 hingga RM695
Facebook: RIVER & GLAMP.
Instagram: @riverandglamp

glamping

2. Gopeng Glamping Park

Alamat: Lot 10846, Jalan Besar Kampung Chulek, Gopeng, Perak
Pakej: Bermula RM88 hingga rm408
Facebook: Gopeng Glamping Park
Instagram: @gopengglampingpark

Baca juga Mahu ketenangan, kita singgah ke kawasan air terjun. Perlukan privasi, jom kita glamping

glamping

3. Durian EcoLodge

Alamat: Lot 363 Batu 8, Jalan Tampin Gemas, Kampung Pondoi, Tampin, Melaka
Pakej: Sewa tapak bermula RM20
Facebook: Durian_EcoLodge
Instagram: @durianecolodgee

glamping

4. Kebun Haus

Alamat: Kampung Sulir, Segamat, Johor
Pakej: Bermula RM308
Facebook: Kebunhaus
Instagram: @kebun.haus

Baca juga 6 konsep libur gaya milenial wajib cuba, glamping tawar perkhemahan glamour dalam hutan rimba

glamping

5. Backyard Glamping

Alamat: Jalan Taman sedia, Tanah Rata, Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang
Pakej: Bermula RM150 hingga RM280
Facebook: The Backyard Glamping Cameron Highlands
Instagram: @thebackyardglamping

Apa kata sekali sekala, ubah mood berlibur dengan konsep khemah yang disenaraikan dan ikutlah bajet masing-masing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan