BAGI pencinta buku, tak sah jika tidak singgah kedai buku atau perpustakaan untuk menambah ilmu dan membeli koleksi peribadi pada hujung minggu.

Tidak seperti dulu, desain dan reka bentuk lokasi yang unik dan lain daripada lain telah diterapkan bagi menambah mood kepada pengunjung yang sukakan ketenangan dalam pembacaan.

Ada sebahagian lokasi memiliki dekorasi rak simpanan buku yang sangat unik, malah terdapat inisiatif menjadikan bank lama diubah suai menjadi sebuah library yang cukup menarik.

pencinta buku

Lengkap dengan bilik kebal dan bilik simpanan kotak peribadi yang dijadikan tempat susunan pelbagai buku. Lain macam penangan mereka yang bersungguh menonjolkan kelainan!

Carian SinarPlus di media sosial mendapati sudah banyak pusat tumpuan ulat buku yang boleh diserbu pada hujung minggu ini.

Berikut enam destinasi unik dengan kelebihan tersendiri yang boleh dipertimbangkan pembaca SinarPlus:

pencinta buku

1. Book Xcess
Alamat: Cawangan di seluruh negara
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Facebook: BookXcess
Instagram: @BookXcess
Laman web: https://www.bookxcess.com

pencinta buku

2. Junk Book Store
Alamat: 78, Jalan Tun H. S. Lee, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 5 petang
Facebook: Junk Book Store (The Biggest Secondhand Bookstore)
Instagram: @JUNK.bs

Baca juga Bukan setakat buku, orang pun boleh dipinjamkan. Ini kelainan yang ditonjolkan di The Human Library

pencinta buku

3. Lit Books
Alamat: P-01-11 Level 1, Tropicana Avenue, 12 Jalan Persiaran Tropicana, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 1 petang hingga 7 malam
Facebook: Lit Books
Instagram: @mylitbook

pencinta buku

Iklan

4. Tsutaya Books
Alamat: Pavilion Bukit Jalil, Pusat Bandar 2, Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Facebook: Bukit Jalil Tsutaya Books
Instagram: @bukitjaliltsutayabooks

pencinta buku

5. Perpustakaan Tun Uda Shah Alam
Alamat: Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
Facebook: Pustaka Raja Tun Uda
Instagram: @rajatunudalibrary

pencinta buku

6. Little Giraffe Story House
Alamat: 114, Jalan 15, Batu 11 Cheras, Selangor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
Facebook: Little Giraffe Story House
Instagram: @lgshbatu11

Iklan

Apa yang SinarPlus boleh katakan, kesemua destinasi yang dinyatakan memang membangkitkan keterujaan, lebih-lebih lagi buat si kecil. Pasti mereka seronok untuk menerokai setiap sudut mencari koleksi buku kegemaran.

Baca juga [20 FOTO] Rumah Dian Sastrowardoyo tular, ruang kerja seperti pejabat Dumbledore, ada buku di tandas

Jadi apa tunggu lagi? Bawalah anak-anak sempena cuti hujung minggu ke lokasi yang disenaraikan supaya dapat memupuk hobi baharu buat mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan