SEMPENA sambutan Hari Malaysia ke-59, Airbnb menawarkan peluang penginapan eksklusif dan unik pada harga hanya RM59 sahaja.

Promosi pilihan kamar untuk satu malam pada 16 September ini tertumpu kepada lokasi menarik, antaranya di Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Johor.

Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj berkata, sambutan Hari Malaysia merupakan masa terbaik untuk bercuti di lokasi penginapan lain daripada lain.

“Inilah waktunya untuk meraikan rakyat Malaysia, komuniti hos kami dan kepelbagaian penginapan serta destinasi pelancongan luar biasa bermula daripada penginapan ladang hinggalah ke vila anggun.

“Tawaran istimewa itu juga akan menggalakkan rakyat negara ini mengenali Malaysiaku sekali gus mencipta detik indah bersama insan tersayang,” katanya dalam satu kenyataan.

airbnb

Menariknya, ciri kategori baharu yang diperkenalkan Airbnb memudahkan orang ramai untuk memilih kriteria penginapan berdasarkan gaya reka bentuk, lokasi, pulau, kabin, ladang, rumah pokok dan banyak lagi.

Baca juga Sesi ‘me time’ tanpa gangguan, 5 kafe istimewa ini memang sesuai jadi port wanita tenangkan fikiran

Berikut tujuh destinasi percutian yang dipromosikan Airbnb untuk pertimbangan pembaca SinarPlus:

airbnb

1. D’ Bambusa Vulgaris Lodge

  • Ingin berjauhan daripada kesibukan bandar? D’ Bambusa Vulgaris Lodge antara pilihan tepat di Pulau Langkawi, Kedah.
  • Kotej indah dalam kategori kabin itu menjanjikan kedamaian dan ketenangan ketika berlibur untuk mereka yang ingin berehat panjang pada cuti hujung minggu.

airbnb
2. Raintree Seaside Villa

  • Pilihan santai tepi pantai membuatkan nama Raintree Seaside Villa yang terletak di Lumut, Perak, antara destinasi yang kerap disebut-sebut pencinta alam.
  • Reka bentuk vila yang luas dan diperbuat daripada kayu keras asli dengan hiasan dalaman minimalis memang sesuai untuk percutian keluarga besar.
  • Jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti memancing di jeti berhampiran atau barbeku sambil menghadap laut.

Baca juga 5 destinasi riadah mesra kanak-kanak di Negeri Sembilan, lokasi nombor 4 memang awesome

airbnb

3. Classic Bohemian Loft

  • Percaya atau tidak, Classic Bohemian Loft yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur menawarkan kamar penuh keajaiban.
  • Reka bentuk unik dengan pemilihan warna dan tekstur eklektik menambahkan lagi keharmonian klasik setiap penjuru ruang bilik yang sememangnya lain daripada lain.

airbnb

4. White Cottage

  • Rindu akan suasana desa? Sila halakan stereng kereta kalian ke Dusun Organik Sungkai, Perak yang menawarkan kamar jenis White Cottage, lengkap dengan kolam renang dan sungai.
  • Selain menjamu mata dengan pemandangan ladang buah-buahan, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama si kecil seperti taman permainan mini atau bermandi-manda di Kolam Air Panas Felda atau menerokai Lembah Teh Gaharu yang tak jauh dari situ.

Baca juga Perkampungan kontena viral Solesor Kampong Beach Resort, lengkap pertunjukan api tepi pantai

Iklan

airbnb

5. Roemah Dahaman

  • Bagi mereka yang sukakan suasana percutian di desa dengan reka bentuk teratak tradisional Melayu asli, Roemah Dahaman yang terletak di Jitra, Kedah wajib dikunjungi.
  • Rumah kampung yang luas boleh diinap oleh keluarga besar sambil menikmati pemandangan sawah yang luas terbentang.

airbnb

6. Chemara 2

  • Lagi satu pilihan calet yang hanya ditawarkan RM59 semalam di Paka, Terengganu.
  • Lokasi berhampiran pantai membolehkan pengunjung menikmati keindahan matahari terbenam sambil berehat santai bersama keluarga tercinta.

airbnb

Iklan

7. Durian Guesthouse

  • Uniknya Durian Guesthouse yang terletak di Kulai, Johor yang menawarkan pengalaman bermalam di dalam ladang durian.
  • Apa yang menarik, penginapan yang menerima Anugerah Emas Airbnb itu menawarkan produk mesra alam seperti sabun dan perabot buatan tangan.

Baca juga Kafe viral dalam kebun, 5 lokasi sajikan menu signatur unik segar dari ladang

Untuk meneroka lebih banyak penginapan luar biasa, layari airbnb.com atau muat turun aplikasi Airbnb hari ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan