SELAIN mendaki gunung dan berkayak di laluan jeram bahaya, aktiviti ekstrem seperti cabaran bertali di puncak menara pastinya membuatkan adrenalin kita mencanak naik.

Buat penggemar sukan lasak, barangkali keunikan baharu di Goosebumps Rope Course, Discovery Park Gamuda Cove, Dengkil, Selangor bakal memberikan pilihan alternatif terbaik, sementelah destinasi itu tidak jauh dari ibu kota.

Di sana, para pengunjung diberi peluang menawan menara halangan pada ketinggian 16 meter dan menguji kemampuan dengan 57 cabaran bertali yang turut diiktiraf Malaysia Book of Records.

uji adrenalin

Bukan itu sahaja, buaian gergasi dan aktiviti free fall dengan ketinggian 16 meter juga itu mampu membuatkan jantung anda berdegup kencang.

Tidak keterlaluan untuk penulis katakan, kelainan yang dibawa Discovery Park Gamuda Cove adalah tersendiri dan berbeza dengan premis lain di negara ini.

uji adrenalin

Berkongsi keunikan tersebut, Ketua Pewujudan Tempat (Placemaking) Riadah dan Hospitaliti Gamuda Land, Nadzmin Razali berkata, menara halangan dengan tiga tahap kesukaran tersebut merupakan model pertama di Malaysia yang dibawa khas dari Jerman dengan ciri kejuruteraan dan keselamatan pintar.

Lebih membanggakan, hanya terdapat empat sahaja ciri binaan canggih menara halangan seumpama itu di dunia dan salah satunya, hanya di Discovery Park Gamuda Cove.

Baca juga Sukan ATV, sekali cuba pasti nak lagi. Percayalah

uji adrenalin

"Di samping itu, perkakas seperti cangkuk pintar pada tali keselamatan diguna pakai demi menjamin keselamatan dan bagi menambah keyakinan pengunjung yang masih takut-takut untuk berada di tempat tinggi.

"Jangan bimbang, menara ini mampu menampung 60 orang, namun disebabkan prosedur operasi standard yang ditetapkan, hanya 30 orang sahaja dibenarkan pada satu-satu masa," katanya yang memaklumkan pakej harga yang ditawarkan juga cukup berbaloi.

uji adrenalin

Tidak hanya mementingkan tahap sekuriti dari semua aspek, Discovery Park Gamuda Cove juga mahu membuktikan kesemua kemudahan riadah dan aktiviti lasak yang ditawarkan memiliki kelasnya tersendiri.

Mengulas lanjut, Nadzmin berkata, dalam masa terdekat, pihaknya bakal menyuntik lebih keterujaan dalam kalangan orang ramai apabila pelancaran Splash Mania yang bertemakan hutan hujan terbesar seluas 7.2 hektar.

Baca juga Cabaran 5 aktiviti lasak ini memang mengujakan, nikmati pesona keindahan alam

"Taman tema air bertaraf dunia tersebut dijangka akan dibuka menjelang hujung tahun 2022 dengan 39 gelongsor air yang diimport khas dari Kanada dan Turki," kongsinya.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain yang boleh dicuba seisi keluarga.

uji adrenalin

Antaranya seperti Motomaniac Dirt Bike, interactive bicycle trail, rush e-scooter dan menerokai Paya Indah Discovery Wetland Centre.

Selepas mengeluarkan peluh, tidak perlu pergi jauh untuk membeli makanan.

Di sana, orang ramai jangan melepaskan peluang untuk menikmati sajian signatur dengan suasana mengujakan di atas awan setinggi 35 meter di Cove Aerobar.

uji adrenalin

Goosebumps Rope Course

  • Alamat: Discovery Park, Persiaran Cove Sentral, Bandar Gamuda Cove, Dengkil, Selangor
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang
  • Pakej harga: Bermula RM30 hingga RM92
  • Aktiviti: Motomaniac dirt bike, interactive bicycle trail, kolam renang pantai dan Paya Indah Discovery Wetland Centre
  • Facebook: Gamuda Cove
  • Instagram: @gamudacove
  • Laman web: www.discoverypark.com.my

Tidak ramai sebenarnya memiliki keberanian untuk berada di tempat tinggi, apatah lagi melakukan aktiviti ekstrem seperti laluan bertali di puncak bangunan atau dalam hutan.

Namun, apa kata kalian mencabar diri dengan melakukan itu semua. Jangan bimbang kerana semua permainan lasak dipantau oleh petugas berpengalaman.

Bukan sahaja di Goosebumps Rope Course di Dengkil, Selangor mampu menaikkan adrenalin, terdapat beberapa destinasi lain yang menawarkan aktiviti sama dan mungkin lebih daripada itu.

Justeru, berikut empat lokasi seluruh negara yang boleh dipertimbangkan untuk merancakkan aktiviti hujung minggu bersama keluarga.

uji adrenalin

The Gravityz's Obstacle Rope Course

  • Alamat: 65 Floor, Jalan Penang, George Town, The TOP Komtar (Menara Komtar), George Town, Pulau Pinang
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 8 malam
  • Pakej harga: Bermula RM49 hingga RM149 (bergantung kepada promosi semasa)
  • Aktiviti: Enam halangan disediakan iaitu Confidence Path, High Bench, A Great Bridge, X Point, Z Wire dan G Rocky
  • Facebook: The Gravityz
  • Instagram: @TheGravityz
  • Laman web: www.thegravityz.com

uji adrenalin

Skytrex Adventure Park

  • Alamat: Melaka (Jalan Taman Botanikal, Durian Tunggal, Melaka), Langkawi (Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, Langkawi, Kedah) dan Selangor (Batu 20, 1/2, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang,Hulu Langat, Selangor)
  • Waktu operasi: Bermula jam 9 pagi
  • Pakej: Bermula RM70 hingga RM90 (bergantung kepada promosi semasa)
  • Aktiviti: Skycamp, skynight, rapid extreme, river thrill, flying fox, amazing race dan banyak lagi
  • Facebook: Skytrex Adventure I Instagram: @skytrexadventure
  • Laman web: www.skytrex-adventure.org

uji adrenalin

Pinnacle Adventure High Ropes Experience

  • Alamat: Nomad Adventure Mountain School, Gopeng, Perak
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
  • Pakej: Bermula RM119 (bergantung kepada promosi semasa)
  • Aktiviti: 17 cabaran bertali, antaranya giant swing, giants ladder, flying kiwi, zipline tour, Gua Kandu flying fox, waterfall absell dan Leap of Faith
  • Facebook: Nomad Adventure
  • Instagram: @nomadadventure
  • Laman web: http://www.nomadadventure.com/

uji adrenalin

XPark Sunway Iskandar

  • Alamat: Jalan Medini Selatan 2 Medini Zone F, Bandar Medini Iskandar, Nusajaya, Johor
  • Waktu operasi: 2 petang hingga 10 malam (Isnin dan Selasa) & 10 pagi hingga 10 malam (Jumaat hingga Ahad)
  • Pakej: Bergantung kepada promosi semasa
  • Aktiviti: Pelbagai aktiviti menarik antaranya flying fox, futsal, glamping, go kart dan high rope
  • Facebook: Ropes Course - X Park Sunway Iskandar
  • Instagram: @ropecourseXpark
  • Laman web: www.xparkmalaysia.com

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Artikel Menarik