Belanja anak-anak bercuti ke Hong Kong sekali-sekala. Ini 6 destinasi menarik di sana

CUTI penggal persekolahan anak-anak kini kembali lagi. Haa…Macam mana mak ayah, dah rancang ke mahu pergi ke mana?

Kalau belum ada, SinarPlus ingin berkongsi satu tempat menarik yang boleh kalian lawati.

Gerenti tak menyesal kerana destinasi yang bakal diberitahu, memang sesuai untuk percutian keluarga.

Perlukan sedikit bajet dan masih lagi sempat kalau mahu menempah tiket kapal terbang.

Nak tahu di mana? Jawapannya, ke Hong Kong!

Untuk pengetahuan semua, Hong Kong merupakan salah satu bandar raya yang sentiasa berkembang dan sering menawarkan lokasi menarik untuk orang ramai kunjungi.

Baca juga: Percutian atas kapal mewah Resort World Cruises, ini 8 perkara menarik yang boleh dilakukan

Secara keseluruhan, terdapat enam destinasi percutian yang boleh membangkitkan keterujaan kita semua. Antaranya:

Hong Kong Disneyland

-Pada mereka yang merancang bercuti dengan anak-anak, Hong Kong Disneyland merupakan destinasi wajib singgah apabila ke bandaraya itu.
-Lebih menarik, Hong Kong Disneyland baru sahaja melancarkan tarikan baharu iaitu Castle of Magical Dreams yang diilhamkan oleh Puteri dan Ratu Disney.
-Selain itu, pada sebelah malam pula turut disajikan tayangan yang menakjubkan iaitu Momentus.

Escapades Exhilarating

-Escapades Exhilarating bertempat di The Peak, Hong Kong.
-Ia merupakan salah satu tempat yang menawarkan pemandangan yang begitu menarik.
-Orang ramai boleh menikmati suasana indah dari Perlabuhan Victoria yang diapit pencakar langit, semenanjung Kowloon dan puncak pergunungan hijau.
-Bukan itu sahaja, Peak Tower juga merupakan pusat kepada Madame Tussauds, Peak Galleria dan Monopoly Dreams yang menawarkan tarikan bertemakan Monopoli pertama di dunia.

Water World Ocean Park


-Sekiranya ada di antara kalian yang terfikir untuk mengunjungi taman tema air, Water World Ocean Park merupakan tempat tepat untuk menikmati keseronokan bermain air.
-Untuk pengetahuan semua, Water World Ocean Park baru sahaja dibuka kepada orang ramai pada akhir tahun lalu dan ia satu-satunya taman teman air yang dibuka sepanjang tahun.

Alami Oodles of Fun and Flavors di Muzium Nissin Cup Noodle


-Buat pencinta mi segera, Muzium Nissin Cup Noodle adalah destinasi menarik yang boleh dikunjungi kerana pelbagai aktiviti menarik yang boleh kalian lakukan.
-Antaranya membuat mi segera sendiri dengan memilih bahan-bahan dan pembungkusan mengikut citarasa sendiri.

Melangkah ke Biggest Box of Bricks Ever di LEGOLAND Discovery Centre


-Teman tema tertutup LEGO merupakan yang terbesar di Hong Kong dengan menempatkan 10 kawasan permainan bertemakan LEGO yang terdiri daripada Kingdom Quest hinggalah ke LEGO friends dan banyak lagi.
-Bukan itu sahaja, orang ramai berpeluang untuk melihat watak filem kegemaran menerusi tayangan 4D.

Kiztopia


-Kiztopia adalah teman tema yang menampilkan konsep ‘edutainment’.
-Kanak-kanak berpeluang untuk bermain sepuas-puasnya kerana taman tema itu seluas 12,000 kaki persegi.
-Menariknya di Kiztopia, kanak-kanak dibimbing untuk melalui 15 zon permainan utama yang mana mereka boleh belajar seni dan kraf, ucapan, drama, lakonan dan banyak lagi!

Jadi, apa tunggu lagi, jom rancang percutian anda sekeluarga pergi ke Hong Kong.

Tak salah sekali sekala bawa anak-anak bercuti jauh, sudah tentu mereka akan gembira.

Baca juga: Percutian konsep kembali pada alam semula jadi, Lenggong wajib pergi

Baca juga: Percutian bajet untuk 7 destinasi luar negara, pemuda ini kongsi tip menarik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi