PERCAYA bahawa reka bentuk perkampungan cendawan dan iglu comel yang berwarna-warni diminati ramai telah mendorong Datuk Law Ban Seng menawarkan konsep seumpama itu dengan mewujudkan sebuah perkampungan inap desa dan vila di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

Bukan itu sahaja, pemilik Leisure Bee Signatur (LBS) Homestay & Villa Specialist itu turut mengetengahkan pelbagai tema menarik yang dijamin bakal mencuri perhatian pengunjung.

Pengurus LBS Homestay & Villa Specialist, Mandy Tan berkata, majikannya berusaha untuk menyuntik suasana yang lebih ceria dalam kalangan pelanggan yang mahukan percutian bersifat eksklusif dan lebih premium.

“Khas untuk mereka yang berlibur dalam kumpulan yang besar, kami syorkan The Mushroom Villa. Reka bentuk dalamannya sangat luas, selain dilengkapi dengan kolam renang dan taman fantasi lengkap dengan arnab jinak,” katanya.

RUMAH CENDAWAN

Untuk keluarga kecil pula, terdapat lima unit kamar berkonsepkan cendawan yang berharga serendah RM288 semalam.

Mandy memberitahu, Atlantis Villa yang merupakan vila dua tingkat dan enam kamar berbentuk iglu dengan kemudahan kolam peribadi juga antara yang paling laris ditempah.

Baca juga Myrus Resort Langkawi buatkan si cilik teruja, kamar iglu, gelongsor gergasi bikin mereka seronok

“Perkampungan dunia dasar laut yang tersembunyi itu juga memang berbaloi untuk dihuni oleh keluarga besar. Lukisan moral hidupan laut yang ‘hidup’ akan menambahkan lagi keterujaan terutama untuk kanak-kanak.

RUMAH CENDAWAN

“Setiap kamar mempunyai tema tersendiri seperti jerung, ketam, ikan paus, sotong dan ikan lumba-lumba,” katanya.

Menurut Mandy, binaan kamar kubah yang terdapat pada The Mushroom Villa, Atlantis Villa dan beberapa konsep penginapan lain menggunakan kaedah pembinaan expanded polystyrene yang menjadi perintis projek di Malaysia.

Baca juga Idea kreatif bina rumah kubah bawah RM5,000. Teknologi SuperAdobe alternatif rumah mampu milik

“Teknologi canggih tersebut membolehkan seunit (kamar kubah) mampu dibina dalam tempoh 11 minit 33 saat, sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (Pembinaan Rumah Kubah Paling Pantas),” katanya.

RUMAH CENDAWAN

RUMAH CENDAWAN

Mengulas lanjut, perkampungan yang terletak berhampiran dengan Kota A’ Famosa itu turut memiliki konsep lain seperti Mamee Dome, Japaneses Lucky Dome, Kitty Wonderland, Wooden House dan 2D Fantastic Villa, kata Mandy.

“Setakat ini, sambutan yang kami terima memang menggalakkan. Berita baik kepada orang ramai, LBS sedang dalam proses menambah kamar dan vila unik berkonsepkan Santorini House yang kini sudah mencecah 90 peratus siap.

RUMAH CENDAWAN

“Secara keseluruhan, terdapat lima jenis bilik yang ditawarkan iaitu Caldera, Lava, Volcano, Atlantis dan Thiras yang terletak di tanah keluasan 2,762 meter persegi,” ujarnya.

#RekreasiPilihan

Iklan

Keinginan untuk bercuti di lokasi penginapan yang menawarkan persekitaran yang mendamaikan, premis yang luas, unik, selesa dan lengkap dengan variasi infrastruktur memang menjadi dambaan ramai.

Perkampungan inap desa dan vila di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka yang diwujudkan oleh LBS Homestay & Villa Specialist merupakan antara salah satu contoh destinasi yang memenuhi semua kriteria itu.

RUMAH CENDAWAN

Lokasinya yang strategik juga menjadi antara faktor mengapa orang ramai sentiasa berebut-rebut membuat tempahan.

Pun demikian, hasil pantauan SinarPlus menerusi media sosial, terdapat tiga lokasi menarik yang tidak kurang hebatnya dan menawarkan kepelbagaian boleh diterokai. Berikut butirannya:

Rumah Cendawan

Iklan

The Mushroom Inn
Alamat: Taman Sutera, Lorong Avenue 3, Semporna, Sabah
Waktu operasi: 24 jam
Harga: Bermula RM160
Facebook: Mushrooms

Rumah Cendawan

MYRUS Hotel
Alamat: Jalan Pantai Tengah, Pulau Langkawi, Kedah
Waktu operasi: 24 jam
Harga: Bermula RM300
Facebook: Myrus Hotel (MyRus Resort Langkawi)
Instagram: @myrusresort

Rumah Cendawan

The Hooton Retreat
Alamat: Lot 2773, Jalan Kuala Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan
Waktu operasi: 24 jam
Harga: Bermula RM580
Facebook: The Hooton Retreat
Laman web: www.thehootonretreat.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi