BUAT si kecil, hari mereka sudah cukup menyeronokkan jika dapat menyentuh, memberi makan dan berpeluang bergambar kenangan dengan 'penghuni' di zoo haiwan jinak.

Jika diberi kesempatan melihat haiwan kesayangan pada bila-bila masa termasuk waktu malam, pastinya pengalaman unik itu akan diceritakan kepada rakan-rakan sebaya.

Pemilik Kampung Pelangi Kuala Selangor, Kamil Sidek ketika dihubungi berkata, premisnya yang terletak di Rizab Zazuli, Bukit Hijau, Jeram, Kuala Selangor, Selangor itu bukan sekadar sebuah destinasi pelancongan, malah menempatkan lebih 50 jenis haiwan jarang jumpa yang dipelihara khas untuk tatapan pengunjung.

zoo haiwan jinak

"Berbeza dengan tempat lain, Kampung Pelangi Kuala Selangor memberi peluang kepada pelancong untuk bermalam dan berkampung bersama haiwan-haiwan di sini.

"Matlamat saya adalah mahu mereka yang juga pencinta haiwan merasai sendiri kehidupan binatang yang aktif pada waktu malam, bangun pagi dengan kokokan ayam dan bunyi itik, selain mendengar kicauan burung yang mendamaikan," katanya.

Baca juga Masih kekalkan rumah limas Johor dan Melaka guna tanggam, Trata` Leka imbau nostalgia lama

Antara haiwan eksotik dan jinak yang boleh didekati adalah seperti meerkat dan ferret (sejenis musang), prairie dog, iguana, landak raya dan banyak lagi.

zoo haiwan jinak

"Selain itu, terdapat pelbagai jenis ayam dan burung, itik, tupai pinang, burung unta, kuda padi dan arnab. Kesemuanya setia menyambut kedatangan orang ramai setiap masa," katanya yang sentiasa berusaha mendapatkan spesies haiwan yang jarang ditemui daripada pembekal di seluruh negara.

Mengenai tempat penginapan, penceramah dan penulis buku dakwah itu berkata, secara keseluruhan, pihaknya menyediakan 35 buah bilik.

Iklan

Baca juga Blue Tears, penemuan luar biasa di Kuala Selangor. Laut bercahaya dengan warna kebiruan

"Selain itu, terdapat enam pilihan unit lain iaitu hobbitstay, tubestay, busstay, cabin type A, cabinstay dan vila homestay yang pastinya menceriakan kanak-kanak," kongsinya.

zoo haiwan jinak

Beliau turut merancang untuk menambah rumah jenis cendawan, merancakkan aktiviti ATV dan membina kolam renang dewasa pada masa akan datang.

Beritahu Kamil lagi, selain bermesra dengan haiwan comel, pengunjung juga dipelawa melakukan aktiviti menarik seperti yoyocart, memanah, memancing, menaiki kereta api dram dan bermain trampolin.

Iklan

Tidak sah seandainya percutian tanpa gambar kenangan. Apa yang penulis boleh katakan, Kampung Pelangi Kuala Selangor antara lokasi terbaik untuk berfoto.

zoo haiwan jinak

Apa tidaknya, selain berswafoto berlatar belakangkan kincir angin dan rumah api, orang ramai boleh bergambar di sarang burung, jerami padi, replika elmina dan di Love Tunnel.

Di samping bercuti, anda juga secara tidak langsung boleh beramal apabila sebahagian wang bayaran tiket masuk, sewaan bilik penginapan dan bayaran pakej yang dibayar akan diperuntukkan untuk kelestarian Pondok Balai Ilmu.

Baca juga Perkampungan kontena, pembetung dan tapak khemah di hadapan tasik, percutian di Nafas Cube memang berbaloi

Pondok berkenaan dibuka untuk kelas Iqra' dan al-Quran kanak-kanak termasuk Fiqh Muslimat dan Daurah Kitab secara percuma kepada masyarakat setempat.

zoo haiwan jinak

Kampung Pelangi Kuala Selangor

  • Alamat: Jalan Rizab Zazuli, Bukit Hijau, Jeram, Kuala Selangor, Selangor
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang dan 9 pagi hingga 6 petang (Sabtu dan Ahad)
  • Bayaran masuk: Hari biasa RM20 (dewasa) RM16 (warga emas dan OKU) dan RM13 (kanak-kanak 4 tahun ke atas)
  • Hujung minggu/cuti umum RM22 (dewasa) RM18 (warga emas dan OKU) dan RM14 (kanak-kanak 4 tahun ke atas)
  • Facebook: KSCC Jeram

zoo haiwan jinak

Penginapan yang lengkap di zoo haiwan jinak nampaknya menjadi satu tarikan buat pengunjung yang mempunyai anak kecil.

Bukan sahaja dapat bermesra dengan haiwan-haiwan yang comel, malah mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti menghiburkan seperti yang ditawarkan di Kampung Pelangi, Kuala Selangor, Selangor.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pun begitu, terdapat empat lagi destinasi berlibur yang boleh dipertimbangkan pembaca SinarPlus sebagai rekreasi pilihan anda pada masa akan datang. Jangan lupa patuh dengan prosedur operasi standard ya!

zoo haiwan jinak

Semenyih Eco Venture & Recreation

  • Alamat: Lot PT 1351, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 5 petang
  • Bayaran: Bermula RM78
  • Facebook: Semenyih Eco Venture & Recreation

zoo haiwan jinak

D'Green Chalet Lenggong

  • Alamat: Kampung Temelong, Lenggong, Perak
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 6.30 petang
  • Bayaran: Pakej Minum Pagi/Minum Petang Bersama Rusa RM13 (kanak-kanak) dan RM15 (dewasa)
  • Facebook: D'Green Chalet Lenggong

zoo haiwan jinak

Fifty4Ferns

  • Alamat: Janda Baik, Bentong, Pahang
  • Waktu operasi: 24 jam
  • Bayaran: Pakej bermula RM400 hingga RM980
  • Facebook: Fifty4Ferns

zoo haiwan jinak

HS Farm Stay

  • Alamat: PTD 4116, Parit Pajar, Jalan Kesang, Kesang, Johor
  • Waktu operasi:
  • 9 pagi hingga 7 malam
  • Bayaran: RM 18 (dewasa) dan RM 15 (kanak-kanak)
  • Facebook: HS Farm Stay