DEMI mencari ketenangan, sesetengah orang lebih cenderung memilih kawasan tasik, pantai atau laut untuk berlibur.

Jika anda terdiri daripada kelompok itu, SinarPlus mencadangkan agar terus menyusun itinerari dengan memilih Razna Houseboat yang terletak di Tasik Kenyir, Terengganu.

Mengaplikasikan konsep percutian di atas bot serba mewah, destinasi berkenaan memiliki banyak kelebihan kerana menyediakan infrastruktur dan servis kelas pertama yang lain daripada lain.

rumah bot eksklusif

Antara yang paling mencuri tumpuan ialah gelongsor gergasi yang dipasang dari tingkat dua premis hingga ke tasik.

Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa juga akan menikmati kepuasan yang maksimum dengan fasiliti berkenaan.

Pada masa sama, rumah bot tersebut juga memiliki kapasiti 10 buah bilik yang cukup luas dan selesa.

Baca juga Rumah rakit jadi pilihan bercuti, 5 pilihan destinasi wajib cuba buat kaki pancing

rumah bot eksklusif

Ujar pemiliknya, Syahrul Azri Ahmad Razif, Razna Houseboat diusahakan olehnya bersama isteri tercinta, Yuniadiba Yusof.

“Razna Houseboat merupakan salah satu impian saya yang berjaya direalisasikan. Sebagai seorang yang sukakan aktiviti lasak dan berkaitan dengan air, premis ini memang memberi makna besar.

“Sebenarnya, sebelum ini bapa saudara pernah mengusahakan rumah bot, namun disebabkan kesibukannya menguruskan perniagaan lain, beliau menawarkan kepada saya untuk mengendalikannya,” ceritanya yang turut memiliki sebuah lagi rumah bot yang dinamakan Quinara & Razna Houseboat.

Baca juga Bermalam bersama haiwan jinak, lima destinasi percutian ini pasti buat si cilik teruja

rumah bot eksklusif

Razna diambil sempena gabungan nama ayah dan ibunya, Ahmad Razif dan Halina.

Mengulas lanjut, anak jati kelahiran Kuala Terengganu itu berkata, dalam pakej yang ditawarkan, para pelancong akan dibawa belayar ke kawasan air terjun popular, Air Terjun Saok atau menjelajah ke Taman Negara Terengganu atau ke Santuari Ikan Kelah.

Perjalanan dari jeti ke Taman Negara mengambil masa lebih kurang enam jam lamanya.

Baca juga Blue Tears, penemuan luar biasa di Kuala Selangor. Laut bercahaya dengan warna kebiruan

Iklan

rumah bot eksklusif

“Semua aktiviti bergantung kepada pakej yang ditawarkan bermula dua hari satu malam hingga empat hari tiga malam.

“Antara aktiviti lain yang disediakan kami adalah seperti berkayak, barbeku, karaoke, memancing dan kembara di hutan belantara,” katanya yang membelanjakan lebih kurang RM600,000 untuk reka bentuk bot tiga tingkat berkenaan.

Ungkap ahli perniagaan berjaya itu lagi, konsep rumah bot atau diberi jolokan ‘hotel bergerak‘ mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Bayangkan, tempahan premisnya sudah penuh hingga menjelang Aidilfitri nanti.

Baca juga Perkampungan kontena, pembetung dan tapak khemah di hadapan tasik, percutian di Nafas Cube memang berbaloi

rumah bot eksklusif

Iklan

rumah bot eksklusif

“Alhamdulillah, memang ramai yang suka bercuti dengan cara sebegini. Kepada yang berminat, boleh hubungi kami untuk percutian selepas raya,” tuturnya lagi.

Quinara & Razna Houseboat

  • Alamat: Jeti Pulau Poh, Tasik Keyir, Hulu Terengganu
  • Harga: Pakej bermula RM289 hingga RM5,780 (minimum 20 orang)
  • Aktiviti: Memancing, karaoke, melawat Santuari Ikan Kelah, kembara hutan Taman Negara Terengganu, Air Terjun Saok, berkayak dan barbeku
  • Facebook: Quinara & Razna Houseboat

rumah bot eksklusif

Tidak hanya menelusuri tasik yang luas terbentang, percutian di atas rumah bot juga memberi pengalaman mengujakan apabila pengunjung turut berpeluang meneroka hutan simpan dan melihat sendiri keindahan flora dan fauna.

Selain di Terengganu, terdapat banyak lokasi lain di negara ini yang menawarkan perkhidmatan rumah bot dengan pengisian pelbagai aktiviti yang mungkin sedikit berbeza.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Berikut empat lagi destinasi rumah bot yang disyorkan kepada pembaca SinarPlus jika sedang merancang percutian privasi bersama keluarga.

rumah bot eksklusif

Pak Long Royal Belum Houseboat

  • Alamat: Jeti Tasik Banding, Royal Belum, Perak
  • Harga: Pakej bermula RM3,500 (sewa rumah bot untuk 35 orang) untuk dua hari satu malam lengkap makan dan minum
  • Aktiviti: Memancing dan banyak lagi
  • Facebook: Pak Long Royal Belum Houseboat

rumah bot eksklusif

RareCationVenturous Royal Belum 2022

  • Alamat: Tasik Banding, Royal Belum, Perak
  • Harga: Bermula RM250 (seorang), minimum 20 orang
  • Aktiviti: Barbeku, berakit, lawatan ke rumah orang asli, mandi di air terjun Sungai Kooi dan banyak lagi
  • Facebook: NY Adventure & Consultant

rumah bot eksklusif

Legend Houseboat

  • Alamat: Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
  • Harga: Bergantung kepada promosi semasa
  • Aktiviti: Barbeku, memancing, meneroka Gua Bewah, mandi di air terjun
  • Facebook: Legend Houseboat

rumah bot eksklusif

Camar Houseboat Tasik Kenyir

  • Alamat: Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
  • Harga: Bergantung kepada promosi semasa
  • Aktiviti: Memancing, karaoke, melawat Santuari Ikan Kelah, meneroka Gua Bewah, kembara hutan, berakit dan barbeku
  • Facebook: Camar Houseboat Tasik Kenyir