WALAUPUN masih muda remaja, Nik Luqman Nik Rafiq, 23, sudah memandang ke hadapan.

Ketika belia seusianya buntu memikirkan apa yang perlu dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan, Nik Luqman sudah membayangkan untuk membuka bisnes.

“Disebabkan bosan tidak boleh pergi ke mana-mana, saya sibukkan diri dengan membersihkan kawasan rumah termasuk mendirikan sebuah gazebo di halaman belakang.

“Bagi mencantikkan lagi dekorasi, saya tambah dengan barangan antik dan terpakai yang dibeli di kedai besi buruk. Bermula daripada menjamu kawan-kawan dengan Kopi O Dapur Arang secara suka-suka, tiba-tiba terdetik mahu membuka kedai makan,” ceritanya.

Maka, wujudlah Parkskalo yang terletak Kampung Padang Layang, Kota Bharu, Kelantan yang sudah beroperasi lebih kurang tiga tahun.

nik luqman

Meskipun premis itu terletak di belakang kediamannya, sentuhan artistik anak muda itu terhadap meja makan, kerusi, hiasan termasuk makanan yang menggunakan resipi warisan lebih 50 tahun, membuat Parkskalo menjadi tarikan ramai.

Masakan tidak, sambil menghirup secangkir kopi dan dijamu makanan yang enak di bawah pepohon buah-buahan serta herba sambil mata melirik ke arah sawah padi akan membuatkan sesiapa pun teruja.

nik luqman

Berkongsi keistimewaan menu yang ditawarkan pula, anak sulung daripada tiga beradik itu mempertaruhkan masakan tradisional Kelantan.

“Antara sajian paling laris seperti set nasi putih bersama lauk pilihan seperti ikan singgang, sayur pucuk midin, jeruk maman, gulai telur itik, kerabu sare, sambal pauh, solok lada, acar jantung pisang, ulam, budu dan banyak lagi.

Baca juga Pasar Terapung Pulau Suri dikatakan persis di Hatyai, jual makanan tempatan, viral Kelantan memang best   

nik luqman

“Dengan cara ini, saya secara tak langsung dapat memperkenalkan semula masakan tradisi Kelantan kepada anak muda yang tak tahu nama sajian tempatan dan sesetengahnya tak pernah rasa pun,” katanya.

Selain masakan kampung untuk hidangan tengah hari, menu ala carte seperti Maggi Tempurung dan pelbagai sajian Barat lain dijual bermula pukul 7.30 malam.

Baca juga Rambang mata di Kajang Food Station, semua makanan kegemaran di bawah satu bumbung   

nik luqman

Hal yang menjadi tarikan SinarPlus adalah kesemua sajian yang disediakan menggunakan dapur arang. Sudah pasti teknik tradisional yang dibawakan akan membawa kelainan kepada aroma setiap kulinari.

Pun demikian, para pelanggan tidak boleh terjah terus ke Parkskalo. Ini kerana tempahan meja perlu dilakukan tiga hari lebih awal.

Baca juga Roti Wrap Nasi Lemak, Roti Canai Biawak dan Roti Berlauk bikin gerai Abang Terbang sentiasa penuh. Ini rahsianya

nik luqman

“Saya laksana sistem ini bagi membolehkan semua tetamu saya dapat makan dan minum dengan tenang dan santai tanpa terburu-buru. Kiranya tempat ini memang bersifat privasi,” ujar bekas pelajar Institut Kemahiran Belia Negara itu.

nik luqman

#jomsinggah

Iklan

Sajian tradisional sememangnya menjadi tarikan masyarakat untuk berkunjung ke sesuatu premis. Formula yang diterapkan oleh Parkskalo yang terletak di Kelantan misalnya, cepat ‘menangkap’ hati orang ramai.

Hasil carian SinarPlus mendapati, terdapat beberapa lokasi yang menyediakan hidangan kampung yang tidak kurang hebat. Antaranya seperti:

nik luqman

Warung Raysa

Alamat: Jalan Tok Akil, Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan
Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 7.30 malam
Menu signatur: Set nasi sup daging bakar
Harga: Bermula RM6
Facebook: Warung Raysha
Instagram: @RayshaLaukStambung

nik luqman

Warong D’Baroh

Alamat: Kampung Jerus, Selising,
Pasir Puteh, Kelantan
Waktu operasi: 7 pagi hingga 7 malam
Harga: Bermula RM5
Menu signatur: Mi celup, sup tulang, perut dan belut
Facebook: Warung D’Baroh

Iklan

nik luqman

Restoran Amalina

Alamat: Lot 16160, Kampung Lakota, Jeli, Kelantan
Waktu operasi: 8 pagi hingga 10 malam
Menu signatur: Perut bulat bakar, kaki ayam pedas dan ikan bakar
Harga: Bermula RM12 hingga RM110
Facebook: Restoran Amalina
Instagram: @restoranamalina

nik luqman

Seedak Resto KB

Alamat: Lot 1213, Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: 5.30 petang hingga 12 malam
Menu signatur: Makanan laut celup tepung dan masakan Barat
Harga: Bermula RM6
Facebook: Seedak Resto KB
Instagram: @seedakrestokb

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi