BAGI kaki pancing, lokasi pantai yang menjadi lubuk ikan dengan pemandangan yang memukau adalah paling dicari.

Lebih-lebih lagi kalau membawa ahli keluarga bersama dengan bermalam mungkin dua atau tiga hari.

Keizinan ‘lesen’ memancing daripada para isteri akan menjadi lebih mudah.

Di Johor, pantai-pantainya memang cantik belaka sehingga digelar Maldives Malaysia.

Pasir pantai yang serba putih ditambah dengan kejernihan air membuatkan anak-anak teruja bermandi-manda, sementara menunggu si ayah membawa pulang hasil tangkapan.

Hasil carian SinarPlus di media sosial, berikut disenaraikan lima destinasi istimewa buat kaki pancing yang wajib disinggahi:

pantai kaki pancing
Sumber foto: @shazresort

1. Pulau Tinggi
Alamat: Mersing, Johor
Jarak: 45 minit dari jeti Tanjung Leman
Tarikan: Gunung Semindu dengan ketinggian 600 meter dari paras laut, Pusat Penetasan Telur Penyu Pulau Tinggi dan zoo mini
Kemudahan: Pilihan resort, aktiviti snorkeling, barbeku dan melihat kelip-kelip

pantai kaki pancing
Sumber foto: @lantingbeachresort

2. Pantai Pulau Pemanggil
Alamat: Mersing, Johor
Jarak: 45 minit dari jeti Mersing
Tarikan: Tapak kapal karam di Teluk Kador, lagun, Kampung Buau dan Pak Kaleh
Kemudahan: Pilihan resort, aktiviti island hopping, skuba dan bersnorkel

Baca juga 5 pilihan destinasi snorkel paling best bersama keluarga, harga bajet dan pakej puas hati

pantai kaki pancing
Sumber foto: @wan.syz

3. Pantai Teluk Buih
Alamat: Mersing, Johor
Jarak: 12km dari Mersing, Johor
Tarikan: Lubuk ikan sembilang, pari dan kerapu
Kemudahan: Pilihan resort dan calet

Iklan
pantai kaki pancing
Sumber foto: @pridestour

4. Pantai Pulau Aur
Alamat: Pulau Aur, Mersing
Jarak: 70km dari jeti Mersing
Tarikan: Letak Semalu, kapal karam, Kampung Teluk Sakinah
Kemudahan: Balai polis, pilihan calet dan homestay

pantai kaki pancing
Sumber foto: Facebook Saya Orang Johor

5. Pulau Pisang
Alamat: Pulau Pisang, Pontian, Johor
Jarak: 30 minit dari Jeti Pontian Besar
Keluasan: 178.4 hektar
Kemudahan: Rumah api, tapak perkhemahan

Cuti sekolah pun dah nak dekat. Apa lagi, buatlah perancangan awal sekarang.

Iklan

Pilihlah pantai atau pulau ikut kecenderungan sendiri dan paling penting sesuai dengan bajet kalian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan