KADANG-KADANG secara tiba-tiba kita akan rasa bosan apabila dikelilingi dengan ‘hutan batu’ sepanjang masa.

Bukan itu sahaja, kesesakan jalan raya juga boleh membuatkan jiwa tertekan.

Untuk meredakan itu semua, SinarPlus mencadangkan pembaca bertandang ke sebuah perkampungan nelayan dikenali sebagai Trata’ Leka.

INAP DESA

Terletak di Kampung Nelayan Benteng Laut, Pantai Leka, Parit Jawa, Muar, Johor, konsep inap desa yang diimplemenkan cukup istimewa apabila masih mempertahankan reka bentuk rumah limas Johor dan Melaka menggunakan kaedah tanggam.

Justeru, bagi anak bandar yang belum pernah merasai pengalaman tinggal di kampung, inilah masanya untuk mencuba kelainan.

Pemilik premis berkenaan, Safiah Esa berkata, terdapat empat buah rumah tradisional yang disediakan di Trata’ Leka. Masing-masing dinamakan sebagai Rumah Ibu, Rumah Long, Rumah Ngah dan Rumah Acik.

INAP DESA

Ujar Safiah, pada asalnya beliau dan suami, Rosli Nekmat mahu membina sebuah kediaman sahaja, sebelum mengambil keputusan untuk memanfaatkan tanah seluas 1.6 hektar di situ.

“Kemudian, kami membina tiga buah rumah tradisi berkonsepkan studio iaitu Rumah Long, Ngah dan Acik supaya anak-anak saya selesa ketika pulang bercuti.

Baca juga Seolah-olah berada di perkampungan Inggeris. Sixty Nine Avenue Residence jadi tumpuan ramai

Pun demikian, ketika itu, semua masih bujang dan mahu tinggal sebumbung.

“Daripada terbiar begitu saja, timbul idea untuk sewakan tiga rumah tersebut kepada orang luar yang bercuti di kawasan ini. Saya pun tidak sangka sambutannya cukup luar biasa. Masakan tidak, tempahan sentiasa penuh pada setiap kali hujung minggu,” katanya.

INAP DESA

Bagi menambah seri laman, pesara yang juga anak bongsu daripada 18 beradik itu berkata, beliau telah mereka bentuk landskap mengikut cita rasanya.

Iklan

Selain itu, Safiah turut membina kolam mandi bersaiz besar, dewan makan dan dewan seminar yang diberi nama Rumah Sidang.

Baca juga Rumah rakit jadi pilihan bercuti, 5 pilihan destinasi wajib cuba buat kaki pancing

“Trata’ Leka juga mempunyai tanah lapang untuk aktiviti santai, barbeku dan kandang haiwan ternakan khas untuk menghiburkan hati kanak-kanak,” katanya.

INAP DESA

Premis tersebut juga mengalu-alukan kehadiran pengunjung dalam kumpulan besar kerana terdapat kemudahan asrama (Teratak Uda dan Dara) yang boleh memuatkan 60 orang pada satu-satu masa.

Iklan

Sebagai tambah nilai, pengunjung bukan sahaja bakal ‘dilayani’ dengan  angin pantai dan menjamu mata dengan suasana di pangkalan jeti nelayan berdekatan, malah mereka juga boleh menikmati makanan laut segar dan menu popular, asam pedas pada harga berpatutan.

Baca juga Hotel bajet utamakan kebersihan dan sanitasi Covid-19, ini pilihan menarik jika bercuti ke Pantai Timur

Sememangnya, percutian di Trata’ Leka begitu mendamaikan dan sapaan angin bayu di sana bakal membuai nostalgia dan ketenangan anda.

INAP DESA

Trata’ Leka

  • Alamat: Lot 3554, Kampung Nelayan Benteng Laut, Pantai Leka, Parit Jawa, Muar, Johor
  • Harga: Bermula RM250 hingga RM450
  • Aktiviti: Team building, hari keluarga dan riadah
  • Facebook: Trata’ Leka

Antara formula yang menjadi tarikan kita untuk bercuti adalah keindahan pantai, sawah padi luas terbentang atau perkampungan nelayan yang mendamaikan.

Terdapat banyak lokasi memiliki ciri-ciri berkenaan yang boleh kita kunjungi. Pun demikian, pada minggu ini SinarPlus senaraikan empat destinasi terbaik percutian berkonsepkan inap desa yang boleh dipilih.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

INAP DESA

Homestay Kampungku

  • Alamat: 149, Kampung Ujong Permatang, Kuala Selangor, Selangor
  • Harga: RM300
  • Facebook: Homestay Kampungku

INAP DESA

D’ Aman Homestay

  • Alamat: Lot 1190, KM 8, Jalan Sekolah Kampung Alai Lorong 6, Alai, Melaka.
  • Harga: Bermula RM170
  • Facebook: D’ Aman Homestay

INAP DESA

Kampungstay Desa Murni

  • Alamat: Jalan Masjid, Temerloh, Pahang
  • Harga: Bermula RM140
  • Facebook: Kampungstay Desa Murni

INAP DESA

Homestay Kampung Tok Lembut

  • Alamat: Jalan Pantai Tengah, Langkawi, Kedah
  • Harga: Bermula RM270
  • Facebook: Homestay Kampung Tok Lembut, Langkawi