SELEPAS pandemik Covid-19 berakhir, ramai meluahkan rasa rindu untuk berlibur. Justeru, percutian di atas kapal mewah menjadi satu trend yang sangat menarik untuk dipelopori.

Sehubungan itu, tawaran Resorts World Cruises yang beroperasi di Singapura sejak 15 Jun 2022 dengan kapal persiaran Genting Dream antara pilihan sesuai dan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Sejak18 Julai lalu, Resorts World Cruises menawarkan pelayaran percutian baharu yang berlepas dari Pelabuhan Klang ke destinasi-destinasi menarik dan memukau di rantau ini.

kapal mewah

Antara pelayaran pergi balik dari Pelabuhan Klang yang ditawarkan termasuk pelayaran tiga malam ke Pulau Pinang dan Singapura (berlepas setiap hari Isnin) dan pelayaran dua malam ke Singapura (berlepas setiap hari Khamis dan Sabtu).

Meskipun di atas kapal, banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

kapal mewah

Antaranya seperti mandi-manda di taman tema, membeli-belah, menikmati pelbagai jenis hiburan dan banyak lagi.

Berikut SinarPlus huraikan secara terperinci:

kapal mewah

1. Penginapan selesa

  • Sesetengah daripada kita amat mementingkan bilik yang luas dan selesa untuk didiami.
  • Di atas kapal ini terdapat pelbagai pilihan bilik mengikut kemampuan, termasuk penginapan mewah, The Palace.
  • Namun yang pastinya, semua bilik yang ditawarkan adalah bersih dan selesa.

kapal mewah

2. Destinasi menarik

  • Destinasi yang dipilih adalah tumpuan pelancong seperti pelayaran dari Pelabuhan Klang ke Pulau Pinang dan Singapura.
  • Bermula pada bulan Oktober nanti, Resorts World Cruises turut akan menawarkan pelayaran ke destinasi baharu seperti ke Phuket, Thailand termasuk Bali dan Surabaya, Indonesia.

3. Barangan bebas cukai

  • Sambil belayar, anda juga boleh membeli-belah barangan bebas cukai yang ditawarkan di atas kapal.
  • Jika bernasib baik, mungkin mendapat barangan bebas cukai dengan potongan diskaun yang lebih istimewa.

kapal mewah

4.  Taman tema air atas kapal

  • Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa pastinya menggemari taman tema air yang disediakan.
  • Secara keseluruhan, terdapat enam gelongsor air untuk anda cuba. Selain itu, kolam renang dan permainan air lain juga seronok untuk diterokai.

Baca juga Peluang bercuti atas kapal mewah sempena perayaan Aidilfitri

kapal mewah

5. Aktiviti adrenalin

  • Bagi yang menggemari aktiviti-aktiviti seperti wall climbing, futsal dan bola keranjang, Resorts World Cruises turut menyediakan aktiviti ini untuk mereka yang berjiwa lasak.

6. Makanan halal 

  • Lido merupakan restoran yang mempunyai tempat khas untuk makanan halal.
  • Ia telah mendapat pengesahan halal dalam penyediakan pilihan pelbagai juadah untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
  • Boleh nikmati tanpa rasa ragu-ragu kerana penyediaannya sangat teliti.

kapal mewah

7. Pusat kecantikan

  • Untuk tetamu yang mementingkan penampilan, kapal ini turut menyediakan pusat kecantikan seperti spa, sauna, urutan dan salun rambut.

kapal mewah

8. Hiburan

  • Tidak lengkap percutian tanpa elemen hiburan.
  • Antara yang disediakan adalah persembahan antarabangsa secara langsung dan wayang-wayang menarik di teater Zodiac dengan kapasiti 999 orang penonton, live band, akvititi-aktiviti menarik lain untuk seisi sekeluarga serta banyak lagi.

kapal mewah

Selain perkara yang dinyatakan, banyak lagi pengalaman yang boleh anda terokai dan rasai sendiri ketika berada di atas kapal mewah ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Resorts World Cruises, layari laman web www.rwcruises.com.

Peraduan SinarPlus X Resorts World Cruises

Pada masa sama, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Peraduan SinarPlus X Resorts World Cruises yang menawarkan dua pakej percutian eksklusif.

Hanya perlu menjawab tiga soalan mudah beserta slogan terbaik. Tarikh tutup penyertaan pada 8 Ogos nanti. Jangan lupa dapatkan akhbar Sinar Ahad hari ini ya!

DAPATKAN borang peraduan ini di akhbar Sinar Ahad hari ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan