MERANCANG percutian ke luar negara sebenarnya memerlukan bajet yang besar untuk kos tiket kapal terbang, makan minum, pengangkutan dan penginapan.

Itu belum dikira untuk bayar tiket masuk ke tempat pelancongan popular atau kos kontigensi untuk kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Pun demikian, Hariz Hafiz dalam blog miliknya berkongsi tip menarik untuk mereka yang ingin bercuti di luar Malaysia pada harga mampu milik.

Pemuda tersebut berkongsikan tujuh destinasi mesra bajet dan sangat berbaloi untuk dikunjungi.

Cuma nasihatnya, pastikan sentiasa peka dengan harga tiket penerbangan kerana ia boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa.

Berikut tujuh negara yang dicadangkan kepada kaki jalan:

percutian bajet
SUMBER foto: Canva

1. Chiang Mai, Thailand
Tempoh perjalanan: 2 jam 45 minit (kapal terbang)
Kadar tiket: Sekitar RM350 hingga RM750
Tempat menarik: Sungai Mae Ping, Perkampungan Karen Long Neck, Wat Chedi Luang, Pasar Warorot dan Taman Negara Doi Inthanon

percutian bajet
SUMBER foto: Canva

2. Siem Reap, Kemboja
Tempoh perjalanan: 2 jam (kapal terbang)
Kadar tiket: Sekitar RM360 hingga RM1,300
Tempat menarik: Angkor Wat, Bayon, Ta Prohm, Muzium Periuk Api Kemboja, Pusat Tembikar Angkor dan Kampung Terapung Kampong Phluk

Baca juga Percutian bajet dalam M’sia 10 hari baru RM3K, lelaki ini kongsikan

percutian bajet
SUMBER foto: Canva

3. Ho Chi Minh, Vietnam
Tempoh perjalanan: 2 jam 5 minit (kapal terbang)
Kadar tiket: sekitar RM260 hingga RM1,200
Tempat menarik: Terowong Chu Chi, Zoo Ho Chi Minh,
Muzium Peninggalan Perang, Katedral Notre Dame dan Mekong Delta

percutian bajet

4. Yangon, Myanmar
Tempoh perjalanan: 2 jam 45 minit (kapal terbang)
Kadar tiket: Anggaran RM460 hingga RM1,800
Tempat menarik: Shwedagon Pagoda, Maha Wizaya Pagoda, Botataung Pagoda, Sule Pagoda, Taman Kandawgyi, Chinatown dan Pasar Bogyoke Aung San

Baca juga Bajet bawah RM2,000, percutian bajet ala backpackers dengan Amtrak mengelilingi Amerika Syarikat 30 hari

percutian bajet
SUMBER foto: Canva

5. Manila, Filipina
Tempoh perjalanan: 4 jam (kapal terbang)
Kadar tiket: Sekitar RM440 hingga RM900
Tempat menarik: Intramuros, Muzium San Agustin, Fort Santiago, Taman Rizal dan Muzium Seni Halus Negara

percutian bajet
SUMBER foto: Canva

6. Luang Prabang, Laos
Tempoh perjalanan: Bergantung kepada jadual penerbangan
Kadar tiket: Anggaran RM2,000
Tempat menarik: Wat Wisunarat, Air Terjun Kuang Si, Gunung Phousi, Wat Xieng Thong dan Air Terjun Tad Sae

Baca juga Percutian romantik ke Krabi, wanita kongsi itinerari 3 hari 2 malam bawah RM1,000

percutian bajet

7. Padang, Indonesia
Tempoh perjalanan: 1 jam 15 minit (kapal terbang)
Kadar tiket: Anggaran RM350 hingga RM2,000
Tempat menarik: Tasik Maninjau, Muzium Adityawarman, Taman Hutan Raya Bung Hatta, Istana Pagaruyung, Pantai Air Manis, Danau Maninjau dan Batu Malin Kundang

Iklan

Kongsi Hariz, merancang lebih awal membolehkan kalian mencari tawaran terbaik atau diskaun sama ada untuk harga tiket dan hotel.

percutian bajet
SUMBER foto: Canva

“Biasanya, mudah untuk mendapatkan harga tiket lebih murah jika menempah lebih awal dan perlu bijak membezakan keperluan serta kehendak.

“Sebagai contoh, anda boleh cuba makanan di pasar malam tempatan daripada makan di restoran mewah di tempat percutian,” kongsinya.

Baca juga ‘Kaki pulau’ dah boleh pergi Semporna, ada pakej bajet khas untuk pelancong tempatan!

Paling penting nasihatnya, jangan lupa untuk mendapatkan insurans perjalanan sebagai jaminan jika berdepan sebarang situasi kecemasan.

Iklan
percutian bajet
SUMBER foto: Canva

Memang menarik, malah negara yang disenaraikan menjadi lokasi pilihan orang kita untuk melancong kerana harga makanan atau hotel di sana lebih murah.

Jika kalian merancang untuk bercuti ke sana, jangan lupa semak tiket harga Malaysia Airlines untuk harga berbaloi.

percutian bajet

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi