KADANGKALA hanya memperuntukkan satu atau dua hari bercuti, sudah cukup untuk kita melepaskan tekanan dan melapangkan dada.

Masa senggang sangat penting untuk seseorang kembali produktif setelah menghabiskan masa yang begitu banyak dalam melangsaikan tugasan di pejabat.

Kepada anda yang ingin mencari kelainan, tetapi pada masa sama ingin melakukan aktiviti berkuda dan menjamu mata dengan pemandangan semula jadi, Nafas Cube yang terletak di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Seri Kembangan, Selangor adalah pilihan terbaik.

SinarPlus yakin, sebaik menjejakkan kaki ke sana, anda pasti terkesima melihat perkampungan kontena dan pembetung yang didirikan di hadapan sebuah tasik yang tenang.

Nafas Cube

Benar, dari segi luarannya nampak biasa-biasa, namun sebaik pintu kamar dikuak, sesiapa pun pasti terpaku melihat desain dan dekorasinya bak kondo mewah dengan cermin tingkap gergasi.

Percayalah, 'pelaburan' untuk menginap di sebuah kontena dan pembetung di Nafas Cube memang berbaloi. Rekaan, perabot dan keselesaannya memang terjamin. Tapak perkhemahan khas turut ditawarkan.

Baca juga Seolah-olah berada di perkampungan Inggeris. Sixty Nine Avenue Residence jadi tumpuan ramai

Nafas Cube

Tidak sekadar itu, pecahan aktiviti yang disediakan pihak Nafas Cube juga menarik untuk dicuba seisi keluarga.

Eksekutif Nafas Cube, Mohd Damire Mat Jizi berkata, banyak program yang boleh dijalankan dalam masa sehari.

Nafas Cube

Iklan

“Selain berkuda, pengunjung boleh membawa anak kecil berbasikal di sekeliling kawasan sejauh 20 kilometer. Jika mahu merasai suasana bendang sawah dan ladang nanas, pengunjung juga boleh berbuat demikian.

“Menariknya lagi, terdapat zoo mini yang dihuni pelbagai haiwan. Selepas penat ‘mengembara‘ apa kata singgah makan di beberapa kafe yang terdapat di sekitar kawasan. Antaranya House of Kambing, G2G Teknocafe, Apollo Nasi Kandar, Restoran Ikan Sungai, Cafe Mardi, Maeps Bistro dan Nenas Montel Cafe. Memang banyak pilihan, bukan?,“ katanya.

Baca juga Blue Tears, penemuan luar biasa di Kuala Selangor. Laut bercahaya dengan warna kebiruan

Nafas Cube

Namun, lokasi yang paling digemari penulis adalah Laman Herba yang dipenuhi dengan lebih 150 spesies serangga, variasi tanaman, ramuan dapur, bunga-bungaan dan ulaman yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Iklan

Penulis juga sempat membeli sebotol madu asli kelulut dari Laman Kelulut di situ yang diproses di sebuah makmal.

Lokasi pelancongan unik yang diuruskan sepenuhnya oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan yang berkonsepkan agro pelancongan dengan menggabungkan tiga elemen utama dalam pembinaannya iaitu kontena, pembetung dan khemah memang sesuatu yang wajib dicuba.

Baca juga Masih kekalkan rumah limas Johor dan Melaka guna tanggam, Trata` Leka imbau nostalgia lama

Nafas Cube

“Sebenarnya, pihak Nafas sedang dalam perancang untuk memperindahkan lagi kawasan penginapan termasuk pembinaan kolam renang, namun terpaksa ditangguh disebabkan penangan Covid-19,“ ujarnya.

Mohd Damire berkata, pihaknya akan menawarkan sesuai yang istimewa khas buat pelancong. Nantikan pengumumannya menerusi laman Facebook rasmi Nafas Cube.

Nafas CubeNafas Cube

  • Alamat: MAEPS Seri Kembangan, Selangor
  • Pakej: Bermula harga RM80 hingga RM250
  • Facebook: Nafas Cube Instagram: @nafascube

Di Malaysia, terdapat beberapa lokasi yang mengetengahkan konsep agro pelancongan.

Menariknya, selain mendekati alam flora dan fauna, banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh ibu bapa bersama anak-anak yang sedang membesar.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Nafas Cube

Kepada anda yang membawa rakan dari luar negara, liburan berkonsepkan sedemikian rupa ideal untuk memperkenalkan Malaysia kepada pelancong antarabangsa.

Berikut beberapa lokasi yang dicadangkan oleh SinarPlus. Apa kata 'simpan' destinasi-destinasi yang disenaraikan dalam segmen Rekreasi Pilihan minggu ini terlebih dulu jika kalian ingin bercuti pada masa akan datang.

ekopelancongan

Peladang Setiu Agro Resort

  • Alamat: Lot 3912, Mukim Guntung, Setiu, Permaisuri, Terengganu
  • Pakej: Bermula RM110 hingga RM180
  • Aktiviti: Berkayak, abseiling, flying fox, rapelling dan jelajah hutan
  • Facebook: Peladang Setiu Agro Resort
  • Laman web: agroresort.com

ekopelancongan

Chalet Terapung PPK Merbok

  • Alamat: Kuala Segantang Garam, Bedong, Kedah
  • Pakej: Bermula RM150 hingga RM400
  • Aktiviti: Jelajah hutan paya bakau, berkayak, lawatan tapak arkeologi, memancing dan menelusuri Sungai Merbok
  • Facebook: Chalet Terapung PPK Merbok

ekopelancongan

Taman Botani Negara

  • Alamat: Shah Alam, Selangor
  • Aktiviti: Berbasikal, jelajah hutan, abseiling, flying fox dan rapelling
  • Facebook: Taman Botani Negara Shah Alam