SEPERTI yang diketahui umum, Port Dickson, Negeri Sembilan, merupakan destinasi popular untuk percutian singkat mahupun panjang.

Jadi, tidak hairanlah pelbagai tarikan menarik ditawarkan bukan sahaja dari segi kembara gastronomi, malah pilihan penginapan yang pelbagai.

Baru-baru ini, Solesor Kampong Beach Resort menjadi bualan di media sosial apabila berjaya mentransformasikan sebidang tanah kepada sebuah perkampungan kontena yang unik.

Menjadikan ia lebih istimewa, lokasi tersebut terletak berhadapan dengan pantai Teluk Pelanduk.

kontena kabin

Pengurus Besar Solesor Kampong Beach Resort, Ahmad Firdaus Abdullah berkata, pihaknya teruja apabila penginapan yang baru dibuka kepada pengunjung sejak setahun lalu mendapat sambutan yang cukup hangat.

Justeru, selain memberi servis terbaik, pihak resort mewujudkan kelainan dengan mengadakan pertunjukan api di tepi pantai pada setiap hujung minggu.

“Selain itu, hiburan malam akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan busker tempatan. Kalau mahu berkaraoke pun tiada masalah kerana kami mempunyai satu bilik karaoke selain 40 unit dengan empat kategori pilihan (bilik),” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

kontena kabin

Menyentuh tentang seleksi pilihan kamar, Ahmad Firdaus berkata, konsep Family Cabana, Cabana dan Villa Family sesuai untuk mereka yang bertandang bersama keluarga kecil.

Sementara, bagi rombongan korporat, sekolah atau persatuan, Private Dorm sangat disyorkan.

Baca juga Perkampungan kontena, pembetung dan tapak khemah di hadapan tasik, percutian di Nafas Cube memang berbaloi

Sedikit berbeza dengan penginapan lain, hanya dua pakej ditawarkan kepada orang ramai iaitu tawaran dua hari satu malam untuk hari biasa, manakala tiga hari dua malam untuk hujung minggu. Kesemuanya lengkap dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

kontena kabin

“Jadi, jika bercuti di sini, jangan susah hati soal makanan. Mahu menikmati sajian secara ala carte seperti masakan Barat atau menu barbeku pun ada. Bagi pelanggan yang mahu masak sendiri, kami juga menyediakan set barbeku untuk disewa,” katanya.

Bagaimana pula dengan aktiviti-aktiviti riadah lain? Ujar Ahmad Firdaus, Solesor Kampong Beach Resort menyenaraikan beberapa sukan pantai seperti bola tampar dan tapak sukaneka untuk digunakan sepenuhnya oleh para tetamu tanpa had.

Baca juga Bermalam di rumah bot eksklusif, lima pilihan hotel bergerak cetus idea percutian lebih privasi dan selamat

“Kepada yang suka berbasikal pula, kami turut mengalu-alukan mereka untuk berbuat demikian. Pihak resort juga sedang merancang untuk menambah beberapa aktiviti air dengan berkayak dan bot laju,” katanya.

kontena kabin

Solesor Kampong Beach Resort

Alamat: Lot 4003, Jalan Batu 12, Kampung Baru Telok Pelanduk, Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga: Bermula RM384 hingga RM870 (pakej 2 hari 1 malam) dan bermula RM710 hingga RM1,900 (pakej 3 hari 2 malam)
Facebook: Solesor Kampong Beach Resort
Instagram: @CabinResortPortDickson

kontena kabin

Konsep kabin atau kontena dilihat semakin rancak dibangunkan oleh pengusaha resort atau inap desa di negara ini.

Pun demikian, berdasarkan pemerhatian SinarPlus, kebanyakannya mempunyai ciri-ciri istimewa seperti berhadapan dengan pantai seperti yang ditawarkan oleh Solesor Kampong Beach Resort di Port Dickson, Negeri Sembilan.

kontena kabin

Iklan

Selain itu, terdapat penginapan kontena yang berhadapan dengan sawah padi, kolam renang ataupun tasik.

Berikut empat lagi destinasi menarik yang boleh dipertimbangkan pembaca SinarPlus untuk disenaraikan sebagai lokasi berlibur kelak:

kontena kabin

The Kabin

Alamat: Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis
Jeram Kuala Selangor, Selangor
Pakej harga: Bermula RM260 hingga RM465 semalam
Facebook: The Kabin
Instagram: #thekabin

kontena kabin

Orang Orang Village

Alamat: Jalan Jejawi – Tambun Tulang, Kampung Bakong, Arau, Perlis
Pakej harga: Bermula RM100 hingga RM130
Facebook: Orang Orang Village

Iklan

kontena kabin

Lakeview Terrace Resort

Alamat: PTD 5025 Jalan Kota Tinggi-Pengerang, Pengerang, Johor
Pakej harga:
Bermula RM160 hingga RM350
Facebook: Lakeview Terrace Resort, Pengerang
Laman web: https://www.lakeviewterrace.com.my/

kontena kabin

Casa Hill Resort

Alamat: 189, Jalan Jeram Akar, Kampung Arang, Sungai Lembing, Pahang
Pakej harga: Bermula RM160 hingga RM650
Facebook: Casa Hill Resort

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan