PERSINGGAHAN destinasi percutian dalam dan luar negara dengan pilihan tren dan lokomotif diesel lebih mengujakan walaupun sedikit penat!

Semasa percutian penulis dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Thailand menggunakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Eastern & Oriental Express beberapa tahun lalu, sepasang suami isteri dari United Kingdom sanggup melancong ke seluruh dunia menggunakan perkhidmatan kereta api.

Di Malaysia, gaya libur sebegitu belum jadi pilihan utama, namun ia memiliki peminat tersendiri.

Semenjak sempadan kedua-dua negara dibuka, perjalanan menggunakan kereta api dari Kuala Lumpur (KL) Sentral ke Padang Besar, Perlis hingga melewati Hatyai antara yang popular.

pengembaraan tren
SUMBER foto Sinar Harian.

Tidak hanya itu, singgahan orang ramai ke Dabong, Kelantan; Butterworth, Pulau Pinang termasuk di Johor Bahru, Johor juga mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Seorang pengembara tempatan, Azli Mohsin menerusi saluran YouTubenya mencuri tumpuan ramai.

Beliau telah berkongsi pengalamannya menaiki Electric Train Service (ETS), KTMB dari KL Sentral ke Padang Besar yang memakan masa lima jam 30 minit sahaja untuk jarak sejauh 534 kilometer.

pengembaraan tren
SUMBER foto KTMB.

Ujar Azli, ETS menyediakan apa yang diperlukan oleh seorang pelancong. Bermula dari tempat duduk yang selesa, tandas, soket sehinggalah kafe yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman.

Menariknya lagi, ETS turut menawarkan tiket dengan 25 peratus diskaun hingga 31 Disember ini sempena Pakej Keluarga Malaysia.

Baca juga 1,200 tiket tren khas MySawasdee terus ke Hat Yai habis terjual dalam 30 minit. Ini destinasi menarik wajib singgah

Sementara itu, pengusaha Caravan Serai Holiday, Nur Fadilah Yazman yang menawarkan pakej pelancongan Jalan-Jalan Cari Makan Train Kelantan-Terengganu berkata, perjalanan yang ditawarkannya antara yang menjadi pilihan utama para pelancong.

pengembaraan tren
SUMBER foto KTMB.

“Pakej itu memang sesuai untuk seisi keluarga. Di samping mempunyai kemudahan gerabak penumpang yang lengkap dengan kamar tidur, tren juga memulakan perjalanan pada waktu yang tenang iaitu sekitar pukul 9 malam.

“Pada sebelah paginya nanti, mereka akan berpeluang menikmati suasana kereta api membelah kabus yang cukup indah dari tingkap kabin sebelum dibawa ke lokasi menarik di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

pengembaraan tren
SUMBER foto Facebook Busa Syafiqqah Shawal.

Nur Fadilah menambah, kebanyakan pelancong tempatan yang memilih pakej tersebut rata-ratanya dari Lembah Klang kerana mereka lebih mudah berkumpul di KL Sentral sebelum pertukaran tren di Gemas, Negeri Sembilan.

“Bagi mereka yang datang dari Johor atau Melaka, kru kami akan menunggu di stesen KTM Antara Bandar tertentu,” katanya.

Baca juga Warga Pantai Timur boleh rebut tawaran Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia KTMB pulang beraya

Kepada yang sukakan cabaran pula, apa kata terbang ke Sabah dengan menjelajah alam semula jadi yang penuh pesona termasuk melihat secara lebih dekat kemegahan Banjaran Crocker dari stesen kereta api Beaufort ke Tenom.

Menaiki pengangkutan yang menggunakan lokomotif diesel lama itu akan menyaksikan anda menemui sejumlah penggemar sukan lasak yang ingin meneroka jeram di Sungai Padas di Kampung Pangi, Tenom.

pengembaraan tren
SUMBER Twitter @asmaarozlan.

Itulah salah satu cara ke destinasi berkenaan.

Secara keseluruhannya, untuk perjalanan menghampiri 50km, masa yang diambil biasanya hampir dua jam setengah kerana kereta api akan berhenti mengambil penumpang tempatan di beberapa stesen.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi