JOHOR sebenarnya mempunyai banyak tempat menarik berkonsepkan alam sekitar yang boleh dikunjungi untuk staycation.

Paling penting, pilihan liburan tersebut mesti di bawah bajet untuk mereka yang mempunyai anak ramai supaya dapat berseronok puas-puas.

Destinasi jalan-jalan yang SinarPlus ingin cadangkan pada kali ini adalah di Pontian, iaitu daerah yang mempunyai titik paling selatan (Tanjung Piai) di Benua Asia.

Keunikan kawasan dengan keluasan 919.9 kilometer persegi itu tidak hanya terletak pada kawasan pesisiran pantai yang terkenal dengan warisan masyarakat Melayu, Jawa dan Bugis, malah kaya dengan lokasi pelancongan.

Berikut lima destinasi jalan-jalan yang boleh pembaca SinarPlus pertimbangan sebagai opsyen percutian singkat bersama tersayang:

pontian johor

1. Lata Seri Pulai
Alamat: 4, Jalan Kampung Melayu Raya, Jalan Rizab 1, Pekan Nanas, Pontian, Johor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang
Kemudahan: Kolam renang, gelongsor air, calet, berbasikal, mencanting batik dan permainan tradisional
Harga tiket: Dewasa (RM15), kanak-kanak 1 hingga 12 tahun (RM10) dan OKU/warga emas (RM5)
Facebook: Lata Seri Pulai
Instagram: @lataseripulai

pontian johor

2. El-Dhuha Campsite
Alamat: Jalan Hutan Lipur Gunung Pulai 2, Pekan Nanas, Pontian, Johor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang
Kemudahan: Tapak khemah, kolam mandi, ATV, barbeku,
Harga: Berkelah (RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak), tapak khemah (RM70)
Facebook: El-Dhuha Campsite

Baca juga Lokasi terbaik kaki pancing, 5 pantai menarik di Johor wajib terjah

pontian johor

3. Muzium Bugis
Alamat: Muzium Bugis, Kampung Rambah, Rambah, Pontian, Johor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
Harga tiket: Percuma
Aktiviti: Pameran barangan dapur, pakaian tradisional, alat perhiasan, pelbagai keris dan senjata
Facebook: Muzium Bugis
Laman web: https://www.mdpontian.gov.

Iklan

pontian johor

4. Taman Negara Pulau Kukup
Alamat: Pulau Kukup, Pontian, Johor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang dan 7 malam hingga 7 pagi (memancing)
Harga tiket: RM15 (aktiviti memancing)
Aktiviti: Bot menelusuri hutan paya bakau, Sungai Ular, memancing
Facebook: Johor National Parks

Baca juga Wah! Lebih 50,000 pengunjung meriahkan Jelajah Pusing Selangor Dulu di Johor

pontian johor

Iklan

5. Tanjung Piai
Alamat: Tanjung Piai, Pontian, Johor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang
Harga tiket: RM3 (kanak-kanak) dan RM5 (dewasa)
Aktiviti: Kompleks pelawat, dewan serbaguna, tandas, tapak khemah, menara pemerhati
Facebook: Johor National Parks

Selamat bercuti!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan