PERNAH berangan untuk menginap di hotel unik berkonsepkan jet peribadi? Impian itu nampaknya boleh direalisasikan sekiranya pembaca SinarPlus berkunjung ke Twin Jets Resort.

Destinasi pelancongan terbaharu yang terletak di Kampung Sri Broga, Lenggeng, Negeri Sembilan itu menjadi satu-satunya resort unik di negara ini yang menawarkan dua pesawat jenis Boeing 727 sebagai kamar serba mewah.

Pengurus Besar Twin Jets Resort, Ivan Chong berkata, idea kreatif itu dicetuskan pengasasnya, Peter Lee Pang Say ketika Perintah Kawalan Pergerakan lalu.

hotel jet peribadi

“Peter mahukan premis pelancongan yang ingin dibangunkan di atas tanah 1.01 hektar lain daripada yang lain. Oleh yang demikian, dua pesawat yang berjaya dibeli di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor kemudiannya diubah suai selama 13 bulan untuk dijadikan ruang tidur dan dewan bankuet.

“Dengan kuasa viral di media sosial, sambutan diterima cukup luar biasa selepas operasi dibuka secara rasmi pada hujung Mac lalu,“ katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Baca juga 5 lokasi glamping bajet murah, pakej lengkap dengan aktiviti outdoor menyeronokkan

Lebih membanggakan, Twin Jets Resort turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas merekodkan kejayaan membina vila dalam tempoh singkat, 87 jam 43 minit.

hotel jet peribadi

Desain resort itu memang cukup menarik. Sebuah jambatan yang dibina bagi menghubungkan kedua-dua pesawat diinspirasikan daripada reka bentuk jambatan Menara Berkembar KLCC.

Struktur asal kapal terbang juga masih dikekalkan bagi meninggalkan aura jet peribadi yang lengkap dengan ruang santai dan bilik karaoke.

Ujar Ivan, selain menawarkan bilik penginapan First Class Jet dan Gold Class Jet, pengunjung berpeluang untuk bermalam di kamar berkonsepkan kabin kontena dan sebuah Vila MBOR bersama keluarga besar.

hotel jet peribadi

Sebagai bonus, mereka yang menginap di sana juga berpeluang berswafoto di ruang kokpit dengan kelengkapan penuh uniform juruterbang.

Menurut Ivan, pihaknya sedang menambah bilik penginapan berkonsepkan kabin, selain membina fasiliti lain seperti gelanggang bola keranjang, restoran dan gimnasium untuk fasa pembangunan seterusnya.

hotel jet peribadi

“Bagi mereka yang berhasrat untuk merasai pengalaman ‘terbang di atas awan‘, jangan lupa rebut promosi hebat yang dikongsikan di Facebook rasmi kami dari semasa ke semasa.

“Apa yang penting, kami mahu percutian pengunjung bersama keluarga lebih bermakna dan meninggalkan momen luar biasa,“ katanya sambil menambah, orang ramai juga berpeluang melihat panaroma indah Bukit Broga melalui tingkap pesawat.

Twin Jets Resort
Alamat: Kampung Sri Broga, Lenggeng, Negeri Sembilan
Pakej harga: Gold Class Jet dan First Class Jet (harga promosi bermula RM2,000) kabin (promosi bermula RM400), villa (promosi bermula RM1,300)
Facebook: Twin Jets Resort
Instagram: @twinjetsresort
Laman web: https://twinjetsresort.com.my/

hotel jet peribadi

Apabila sebuah pesawat diubah suai menjadi bilik penginapan mewah, ia sesuatu yang menarik untuk dicuba.

Percaturan Twin Jets Resort nampaknya menjadi sensasi di media sosial dan menarik sejumlah pelancong yang mahu merasai pengalaman yang berbeza daripada kebiasaan.

Iklan

Baca juga Percutian ala cruise harga mampu bayar, Melaka ada keunikan baharu

hotel jet peribadi

Hasil pencarian SinarPlus mendapati, terdapat beberapa pendekatan kreatif lain yang dilakukan pengusaha lain untuk menarik perhatian orang ramai.

Berikut tiga lagi rekreasi pilihan yang boleh dipertimbangkan seandainya anda sedang merancang untuk pergi bercuti.

hotel jet peribadi

Qashrina Qruise
Alamat: Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka
Pakej harga: Bermula RM250
Facebook: Puteri Qashrina Chalet
Instagram: @PuteriQashrinaHomestay
Laman web: https://pantaiputeri.com/

hotel jet peribadi

Iklan

Hotel Bus No 2 UM
Alamat: Lorong 16/10B, Petaling Jaya, Selangor
Pakej harga: Bermula RM171
Facebook: Rumah No 2, Universiti Malaya

hotel jet peribadi

Seaventures Dive Rig
Alamat: Sipadan, Sabah
Pakej harga: Pakej bermula RM899 (tiga hari dua malam) hingga RM2,050 (empat hari tiga malam)
Facebook: Seaventures Dive Rig
Instagram: @seaventures
Laman web: www.seaventuresdive.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan