BAGAIKAN berada di satu perkampungan Inggeris di Eropah. Itu refleksi pertama penulis tatkala melihat suasana di Sixty Nine Avenue Residence yang terletak di Batu Pahat, Johor.

Sememangnya idea rumah kampung ala Inggeris yang dipertaruhkan pengusahanya, Yus Ismail, 40, cukup mengujakan.

Beliau dilihat berjaya menterjemah dan menghidupkan keindahan serta aura sebenar melalui pemilihan perabot, kutleri, warna dan tumbuhan semula jadi yang ditanam di sekeliling premis.

Sixty Nine Avenue Residence

Berkongsi cerita mengenai Sixty Nine Avenue Residence, Yus mengakui, beliau sememangnya mencuba membawa kelainan dalam konsep inap desa yang ada di negeri itu.

"Saya lihat kebanyakan inap desa lebih kepada desain tradisional asli Melayu dan konsep ala Bali yang lengkap dengan kolam renang. Jadi, saya terfikir untuk membawa pengalaman saya di United Kingdom selama lima tahun di sana di tapak tanah warisan keluarga ini.

"Sebenarnya saya sukakan reka bentuk stail Inggeris yang cantik dengan batu-batuan, atap tinggi ditambah landskap yang penuh dengan bunga-bunga menawan. Cukup mendamaikan dan menenangkan fikiran,” ujarnya kepada SinarPlus baru-baru ini.

Sixty Nine Avenue Residence

Berdasarkan komentar para pelanggan yang pernah singgah ke sana, majoritinya memuji keunikan lokasi itu yang disifatkan sangat comel dan elegan.

Ramai juga berpuas hati dengan layanan dan servis lima bintang termasuk persekitaran yang bersih.

Iklan

Mengulas lanjut, Yus berkata, dua unit kediaman yang diberi nama Victoria Country dan Eglantine Cottage, masing-masing ada keistimewaan tersendiri.

Baca juga Rumah rakit jadi pilihan bercuti, 5 pilihan destinasi wajib cuba buat kaki pancing

"Selain menjadi destinasi percutian, Sixty Nine Avenue Residence yang seluas 888 kaki persegi itu juga dibuka untuk majlis perkahwinan.

"Kebanyakan pelanggan kami ialah mereka yang mahu meraikan hari bahagia dengan selesa. Rata-ratanya akan menempah keseluruhan ruang untuk tempoh tiga hari dua malam termasuk dua unit rumah pada harga RM2,500,” katanya.

Sixty Nine Avenue Residence

Iklan

Menariknya lagi, para pengantin yang diraikan juga tidak perlu pergi jauh untuk sesi penggambaran kerana premis itu memang sudah dihiasi dengan landskap yang cantik bagi merakam gambar kenangan.

Kepada anda yang rindukan angin Eropah, apa kata singgah ke premis yang diusahakan oleh Yus.

Baca juga Rumah tradisi 200 tahun menjadi tumpuan dunia, padanlah vila warisan ini tersenarai destinasi wajib singgah di Langkawi

Lokasinya juga strategik kerana berhampiran dengan pekan Batu Pahat dan hanya lima minit sahaja untuk ke Wet World Batu Pahat.

"Tidak dinafikan, musim Covid-19 dan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini menjejaskan sedikit operasi, namun saya percaya sektor pelancongan negara akan kembali pulih,” tuturnya penuh optimis.

Sixty Nine Avenue Residence

  • Alamat: Lot 69, Jalan Taman Tasek Merdeka, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor
  • Harga: Bermula RM168 hingga 280
  • Facebook: Sixty Nine Avenue Residence

Sixty Nine Avenue Residence

Bukan sahaja cantik dipandang, suasana rumah inap yang selesa dengan desain ala Inggeris membuatkan pengunjung bagaikan berada di luar negara.

Sekali sekala, bolehlah ubah mood untuk bercuti di inap desa yang menjanjikan permandangan perkampungan mat salleh seperti di Cotswolds, England.

Selain di Sixty Nine Avenue Residence, Batu Pahat, Johor, SinarPlus kongsikan 3 lagi lokasi inap desa ala Inggeris di negara ini.

inap desa stail Inggeris

Tiny Boutique Habitat

  • Alamat: Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
  • Harga: Bermula RM325
  • Facebook: Tiny Boutique Habitat
  • Instagram: @tbhcameronhighlands

inap desa stail Inggeris

Cottagehome PD

  • Alamat: Kampung Sungala, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Harga: Bermula RM350
  • Facebook: cottagehomespd
  • Instagram: @cottagehomespd

Jangan lupa follow kami di Instagram!

inap desa stail Inggeris

MymomHouz

  • Alamat: Batu 21, Jalan Kesang Pajak, Kampung Kesang Luar, Jasin, Melaka
  • Harga: Bermula RM1,000 hingga RM1,200
  • Facebook: MymomHouz
  • Instagram: @mymumhouz