SERONOK sebenarnya jika dapat berbasikal sambil menikmati pemandangan landskap taman rekreasi yang indah.

Trend aktiviti santai tersebut semakin menjadi pilihan ramai khususnya famili kecil yang suka beriadah pada hujung minggu.

Trex Bike Park yang terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor misalnya, antara lokasi hit tumpuan kaki basikal.

Boleh dikatakan antara trek laluan berbasikal paling selamat ditawarkan kepada pengunjung dengan pelbagai kemudahan menarik.

Bagi mereka yang datang berlenggang, jangan risau kerana servis sewa basikal untuk lima jenis model sudah tersedia.

Untuk penunggang solo, anda ditawarkan basikal jenis City Bike dan Mountain Bike dengan caj RM10 untuk satu jam.

berbasikal
KREDIT Foto Facebook TREX Bike Park at Grandeur Labs.

Bagi mereka yang mahu berbasikal bersama si kecil, boleh cuba kenderaan laku keras seperti Tandem Bike dua tempat duduk atau tiga tempat duduk.

Caj dikenakan bermula RM40 hingga RM50 sejam.

Soal laluan berbasikal pula, terdapat laluan santai untuk kanak-kanak dan ekstrem untuk mereka yang sukakan kelainan.

berbasikal
KREDIT Foto Canva.

Selain Trex Bike Park, terdapat empat lagi seleksi taman rekreasi yang boleh membuatkan cuti hujung minggu kalian bersama anak-anak lebih bermakna.

Berikut info menarik:

berbasikal
KREDIT Foto Facebook TREX Bike Park at Grandeur Labs.

1. Trex Bike Park
Alamat: Lot 6232, Eco Grandeur, Persiaran Mokhtar Dahari, Bandar Puncak Alam, Selangor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
Caj sewa: RM10 hingga RM50
Facebook: TREX Bike Park at Grandeur Labs

berbasikal
KREDIT Foto Facebook Freedom Leisure Cycle Supply (Rental Bicycle).

2. Freedom Leisure Cycle Supply
Alamat: 155, Lebuh Victoria, George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
Caj sewa: RM10
Facebook: Freedom Leisure Cycle Supply (Rental Bicycle)

Baca juga [VIDEO] Ramai ingatkan jatuh basikal, team berbasikal Terengganu bikin netizen tersenyum

3. Taman Perdana Botani Kuala Lumpur
Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 7 pagi hingga 8 malam
Caj sewa: RM2
Facebook: Perdana Botanical Garden

Iklan
berbasikal
KREDIT Foto Facebook Taman Botani Negara Shah Alam.

4. Taman Botani Shah Alam
Alamat: Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 7 pagi hingga 5 petang
Caj sewa: RM3 (dewasa) dan RM1 (kanak-kanak)
Facebook: Taman Botani Negara Shah Alam
Instagram: @MyTBNSA8

berbasikal
KREDIT Foto Facebook CycleDios.

5. CycleDios Teluk Intan
Alamat: Lot 1 & 2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: 5 petang hingga 10 malam
Caj sewa: RM5 hingga RM30
Facebook: CycleDios Teluk Intan

Baca juga Berbasikal outdoor lebih seronok berbanding bersenam di gim? Ini penjelasan Hawa Rizwana

berbasikal
KREDIT Foto Facebook CycleDios.

6. Taman Tasik Taiping
Alamat: Jalan Taman Tasik, Taiping, Perak
Waktu operasi: 8 pagi hingga 7 petang
Caj sewa: RM20
Facebook: Taiping Lake Garden

Iklan

Kalau sudah jemu cuci mata di shopping mall, apa kata ceriakan hujung minggu dengan aktiviti santai yang menyeronokkan.

berbasikal
KREDIT Foto Pexels.

Selain trek berbasikal yang selamat dan menarik, lokasi juga cantik.

Kalian juga boleh merancang untuk berkelah selepas penat mengayuh. Okey, happy weekend!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi