TIDAK semua di antara kita yang meraikan Aidilfitri dengan pulang ke kampung.

Sesetengahnya akan menggunakan peluang cuti panjang itu untuk melancong ke destinasi idaman.

Jika anda semua masih mencongak dan tidak tahu destinasi yang mana satu ingin dituju, SinarPlus ingin berkongsi cadangan percutian yang disyorkan oleh Airbnb.

1. Destinasi percutian tepi laut

– Bayangkan anda bangun tidur dan berada di rumah kayu tradisional yang indah, dikelilingi taman yang menakjubkan, bayu laut dan kolam renang peribadi. Lebih bahagia dapat menikmatinya sambil meraikan insan tersayang.


– Oleh yang demikian, Alamanda Markisa Villa dan Sunset Valley-Farmer House yang terletak di Langkawi, Kedah merupakan tempat yang sesuai untuk anda berkumpul bersama keluarga.

Baca juga Pakej percutian penjawat awam dan pesara kerajaan, berlibur 3 hari 2 malam di destinasi popular Malaysia

2. Tempat peranginan mesra perjumpaan

– Sedang berfikir cara yang seronok untuk meraikan perhimpunan bersama keluarga? Rumah Lenggong, Rumah Perak dan Rimba Alor Orchard Villa, Melaka menawarkan pelbagai pilihan untuk memeriahkan lagi perjumpaan yang sudah lama ditunggu-tunggu.


– Jom terokai destinasi itu dan bawalah seluruh ahli keluarga untuk memetik buah-buahan atau berehat bersama-sama di astaka luar sambil mengenang hari-hari indah. Syok kan?

3. Percutian malar hijau

– Bagi mereka yang gemar percutian santai, apa kata anda cuba rumah kampung di Cameron Highland atau mungkin juga vila moden.


– Nak kan tempat peranginan hutan hujan tersembunyi? Anda boleh ke Janda Baik yang dikelilingi udara nyaman dan pemandangan indah.

Iklan


– Nikmati sepenuhnya jamuan Hari Raya yang hebat sambil dikelilingi keselesaan moden dan hiasan klasik. Boleh juga sambil-sambil menyelami keindahan syurga alam semula jadi anda sendiri.

Oh! Jika anda masih risau untuk menginap walaupun kita sudah berada pada fasa endemik, semua hos Airbnb telah komited melaksanakan amalan keselamatan dan pembersihan Covid-19.

Baca juga Imbasan kod QR MySejahtera tidak wajib bermula 1 Mei, 7 fakta mengenainya

Iklan

Jadi, anda juga boleh bersantai dengan tenang bersama keluarga tanpa menghiraukan kesibukan dan kesesakan jalan raya.

Semoga perayaan kali ini lebih bermakna dan memberi kenangan terindah bersama keluarga tersayang.

Selamat menyambut Hari raya Aidilfitri daripada warga SinarPlus!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI