PENYANYI, Reyhana Yunus, 33, kini giat menjalankan bisnes dengan menjual pakaian bundle dan makanan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP).

Menurut penyanyi kelahiran program Bintang RTM itu, melihat impak Covid-19 yang mungkin akan menjejaskan pendapatannya sebagai seorang anak seni, dia mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan.

“Saya masih menyanyi cuma sejak PKP memang pendapatan terjejas. Awalnya berat untuk saya terima namun alhamdulillah saya ada backup dengan menjual pakaian bundle dan makanan seperti Pulut Kuning Rendang Ayam dan Nasi Tomato.

“Sebelum PKP pun saya menjual sambal, namun sebagai seorang penyanyi tidak boleh berharap sangat pada undangan nyanyian,” ujarnya yang juga mendapat sokongan suami dan ibu mentuanya.

Anak kelahiran Sabah itu juga memberitahu, dia tidak malu meskipun ada segelintir masyarakat memandang negatif.

“Kenapa saya perlu malu nak bisnes bundle sedangkan kita mencari rezeki yangg halal daripada mengemis cari job.

Iklan

“Lebih baik berniaga, lagipun masa saya lebih banyak bersama keluarga,” jelasnya.

Ditanya lebih apakah dorongan yang masih menjadi nadi kepadanya untuk terus kuat berjuang dalam industri seni suara, kara Rihana, semuanya kerana minat.

Iklan

“Sebab ni adalah minat saya. Ada job atau sebaliknya saya tetap akan terus menyanyi.

“Kalau ada undangan nyanyian saya akan pergi, jadi doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya.