PELAKON Julia Ziegler selamat melahirkan cahaya maya keduanya yang juga merupakan bayi lelaki pada petang Selasa.

Berkongsi berita tersebut menerusi Instagram story milikinya, pelakon Jangan Tegur itu meluahkan rasa syukur apabila selamat bersalin.

Julia atau nama lengkapnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 36, turut memaklumkan anak keduanya itu lahir dengan berat 3.58kilogram.

“Alhamdulillah, our baby boy (3.58kg) was safely delivered at 4.35pm on 07.07.2020,” kongsi Julia.

Julia dan suami, Johan  yang juga merupakan seorang jurutera mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivana Johan yang kini berusia setahun, enam bulan.

Iklan

 

Iklan

(FOTO: Instagram Julia Ziegler)