BINTANG terkenal Indonesia, Cita Citata meluahkan rasa syukur apabila teman lelakinya, Roy Geust kini sah bergelar Mualaf apabila selamat mengucapkan kalimah syahadah pada Jumaat.

Roy yang merupakan seorang warganegara Belanda itu telah lama menetap di Indonesia dan tertarik dengan ajaran agama Islam sepanjang tinggal di negara tersebut.

Momen lafaz syahadah itu dikongsi teman baiknya, Dipo Latief iaitu bekas suami kepada Nikita Mirzani menerusi sebuah video berdurasi 3.55 minit yang kini tular di internet. Dipo juga merupakan orang yang banyak membantu Roy sepanjang proses bergelar mualaf.

Dalam video tersebut, Roy lancar mengucapkan kalimah syahadah di depan pegawai agama dan saksi yang terlibat. Cita Citata kelihatan turut menemani Roy sepanjang proses tersebut.

Iklan

Menurut Cita Citata yang popular dengan lagu Sakitnya Tuh di Sini, dia dan Roy mula menjalinkan hubungan cinta 2019 dan dilamar jejaka itu ketika bercuti di Belanda pada awal Januari lalu.

Pasangan itu merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam dalam masa terdekat.

Iklan

“Menikah merupakan perancangan utama kami dan seterusnya berusaha untuk sama-sama mengukuhkan ekonomi menerusi perniagaan dan menjalani masa depan bersama-sama. Doakan kami ya,” ujar Cita Citata menerusi  temubualnya bersama media Indonesia sebelum ini.