TERDAHULU, pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie mengumumkan hasratnya untuk melepaskan kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya bagi dijadikan van jenazah secara percuma bagi pihak yang memerlukan.

Alhamduluillah,kini beliau menzahirkan rasa syukur selepas apa yang dihajatkan telah berjaya disempurnakan.

Pelakon siri drama popular ‘Nur’ yang menggalas watak Aishah memaklumkan di Instagram miliknya @Khiriah17, MPV yang telah diubah suai tersebut sedia berkhidmat buat mereka yang memerlukan.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah…Sedia berkhidmat, perkhidmatan van jenazah percuma @nurbykhiriah.. Terima kasih juga pada yang sudi menyumbang.

“Doakan akak semoga usaha kecil ini dipermudahkan ALLAH.. terima kasih encik suami dan jemaah @suraualikhlaspalmspring.. terima kasih ALLAH. Salam Jumaat salam penuh keberkatan, “ tulisnya.

Seperti apa yang pernah dimaklum oleh Khiriah sebelum ini, bahawa niat murni itu dilakukan sebagai ‘bekalan’ untuk ditinggalkan sesudah meninggal dunia nanti.

Iklan

“Mohon doakan kakak, bohong kakak cakap kalau tak takut #vanjenazah..kakak tak kaya tapi sebelum meninggal, kakak nak tinggalkan sesuatu buat semua,” tulis Khiriah menerusi keterangan video di Instagram.

Pengikut laman sosial rata-ratanya menyokong usaha yang dilakukan Khiriah dan turut sama mendoakan agar usaha murni beliau dipermudahkan dan mendapat keberkatan ALLAH SWT.

Iklan

Tambah Khiriah lagi buat mereka yang memerlukan perkhidmatan yang ditawarkan, beliau boleh dihubungi di talian 0122058005 atau 0128005996.

Tahniah Khiriah! Semoga usaha murni yang dilakukan mendapat manfaat buat mereka yang memerlukan.