BAGI anda yang gemar bergambar, peluang berada di SkyBridge, KLCC mungkin boleh dimanfaatkan sepenuhnya.

Ini kerana ketika ini SkyBridge menawarkan harga lebih murah daripada biasa sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pada masa ini, PETRONAS Twin Towers Visit Operations tidak menawarkan tiket dalam talian untuk pemegang MyKad dan MyKid. Untuk menikmati harga tiket khas MyKad dan MyKid, boleh menunjukkan MyKad / MyKid semasa membeli tiket di Kaunter Tiket, Tingkat Concourse, Menara Berkembar PETRONAS.

Untuk sebarang lawatan dalam tempoh 24 jam, sila dapatkan tiket di Kaunter Tiket Menara Berkembar PETRONAS, yang terletak di Tingkat Concourse. Semua tiket bergantung pada ketersediaan.

klcc sky bridge

Berikut merupakan bayaran masuk untuk tempoh terhad sehingga dimaklumkan kelak.

klcc

Jika berminat, sebaik-baiknya dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut di laman web mereka.

Berikut merupakan waktu operasi SkyBridge.

Waktu Operasi
Sabtu, Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (kecuali cuti yang jatuh pada hari Isnin)
10.00 pagi hingga 6.00 petang
Pelawat terakhir jam 5.40 petang.

Selasa – Jumaat
11.00 pagi hingga 4.00 petang
Pelawat terakhir jam 3.40 petang

Iklan

*Tutup setiap Isnin

Keselamatan Dan Kesihatan

klcc sky bridge

Iklan

Dalam memastikan keselamatan dan kesihatan semasa lawatan, perhatikan maklumat di bawah:

1. Pemeriksaan suhu akan dilakukan kepada setiap pengunjung. Pelawat dengan suhu tinggi, 37.5 darjah ke atas tidak akan dibenarkan masuk.
2. Pelawat dikehendaki melengkapkan perincian pengisytiharan kesihatan melalui kod QR yang disediakan.
3. Pengunjung dari semua peringkat umur mesti memakai topeng muka setiap masa.
4. Pelawat mesti memerhatikan dan menjaga jarak sosial, jarak 1 – 2 meter, semasa lawatan.
5. Pembersih tangan tersedia untuk digunakan dan ditempatkan di pelbagai kawasan sepanjang lawatan.
6. Makanan dan minuman tidak dibenarkan semasa lawatan.
7. Hanya loker terhad untuk simpanan.
8. Selain itu, perkhidmatan berikut tidak akan tersedia lagi sehingga diberitahu kelak:
– Kerusi roda

Sumber: www.petronastwintowers.com.my