Konsert #WONDADiRumah hiburan dalam tempoh PKP        

WONDA COFFEE
March 26, 2020
Aqmar Mustaza

UMUM sedia maklum bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh 14 hari lagi bermula 1 April nanti.

Justeru bagi menyokong arahan untuk duduk rumah, salah satu jenama kopi siap untuk diminum terkemuka Malaysia, WONDA Coffeem membawakan konsert pertama dari rumah yang menampilkan penyanyi terhangat  secara langsung dari rumah mereka sendiri.

Konsert pertama seumpanya di Malaysia ini membawa mesej untuk memastikan rakyat Malaysia terus kekal berada di rumah, tetapi masih dapat berhibur dengan cara selamat.

Konsert #WONDADiRumah menampilkan artis Malaysia yang berbeza setiap hari, dengan setiap sesi berlangsung sehingga 30 minit di Astro Ria atau ERA IG TV pada jam 6.30 petang bermula 25 Mac hingga 31 Mac.

Antara artis yang terlibat adalah Aizat Amdan, Noh Salleh, Syamel, Zizi Kirana, Haqiem Rusli, Akim dan Stacy.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif dari Etika, Santharuban T Sundaram berkata : “Kami rasa sangat bersyukur dengan kerjasama yang baik dari semua pihak termasuk Astro, artis dan rakan kongsi, untuk menjayakan Konsert #WONDADiRumah yang berlaku dalam masa beberapa hari sahaja.

“Dalam pada kita mengharungi hari yang mencabar, kami percaya ini adalah salah satu tanggungjawab kami untuk memberikan hiburan ringan kepada penonton kami,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Bukan hanya memberikan hiburan, Etika juga akan memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia yang mematuhi arahan untuk duduk di rumah. Menerusi cabaran – #WONDADiRumah, akyat Malaysia berpeluang memenangi e-baucer bernilai RM14,000.

Cabaran harian itu akan diumumkan setiap pagi menerusi akaun Instagram ERA atau secara langsung di radio ERA dan orang ramai perlu memuat naik penyertaan (video atau foto) dengan menandakan @era.je bersama tanda pagar #WONDADiRumah.

Sepanjang kempen itu, empat orang pemenang akan dipilih setiap hari dan akan mendapat Shopee e-baucer bernilai RM500 untuk digunakan di Etika Flagship Store – saluran runcit dalam talian yang baru kerjasama Etika dengan Shopee.

Ia memudahkan pengguna untuk membeli minuman kegemaran mereka tanpa perlu meninggalkan rumah. Etika ingin membantu memastikan rakyat Malaysia terus dapat menikmati minuman kegemaran mereka, seperti Goodday Milk, WONDA Coffee, Pepsi, Tropicana Twister dan lain-lain, walaupun mereka berada di rumah.

Isi perut dan telinga anda sekaligus

Dengan keadaan semasa, Etika ingin meminimumkan jumlah perjalanan rakat Malaysia yang perlu dilakukan bagi mendapatkan keperluan dan makanan.

Oleh itu, pembelian panik tidak diperlukan dan disyorkan untuk membeli melalui talian untuk meminimumkan risiko terkena virus.

Etika membawa promosi istimewa dengan myNEWS, Domino’s Pizza dan Shopee di mana pesanan akan dihantar tepat di depan pintu.

Rakyat Malaysia boleh membuat pesanan istimewa Maru Bento yang lazat dari myNEWS dengan WONDA Booster atau Tropicana Twister melalui Grab Mart meneurusi aplikasi Grab atau www.mynewsdash.my dari 25 hingga 31 Mac 2020.

Dengan Domino’s Pizza, bermula dari 25 Mac hingga 19 April 2020, rakyat Malaysia dapat menikmati 50% untuk Pepsi 1.5L dengan setiap pembelian pizza 1 Percuma 2 Domino dan pengalaman “Zero Contact Delivery” Domino. Gunakan kod ‘ZERO1’ di www.dominos.com.my atau aplikasi Domino’s Pizza Malaysia.

Sementara itu, rakyat Malaysia akan dapat membeli Kopi Premium WONDA 3-dalam-1 yang terdapat di varian Kopi Tarik, Original dan Mocha pada bila-bila masa dari Shopee dan mempunyai pek kopi ini dihantar ke pintu mereka dengan memesan di shopee.com.my/etika .os.

Justeru itu, terus berada di rumah dan jangan terlepas untuk menyaksikan Konsert #WONDADiRumah dan rebut peluang memenangi hadiah sepanjang cabaran #WONDADiRumah.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai WONDA Coffee dan kempen akan datang, layari www.facebook.com/WondaCoffeeMalaysia.

About Aqmar Mustaza

Biodata Penulis