KUANTAN 188, menara setinggi 188 meter menjadi nadi kepada bandar raya Kuantan, Pahang.

Tidak hanya tertinggi di Kuantan, menara tersebut adalah menara kedua tertinggi di Malaysia! Ia yang dirasmikan pada 20 Februari 2022 turut melancarkan logo baharu bersama sijil keahlian World Federation of Great Towers.

Baca juga: Blue Tears, penemuan luar biasa di Kuala Selangor. Laut bercahaya dengan warna kebiruan

Jadi, korang yang mengunjungi Kuantan bolehlah menikmati panorama indah 360 darjah bandar raya itu dari atas Kuantan 188.

Tiket untuk memasui Kuantan 188 boleh didapati secara dalam talian di laman web rasmi Kuantan 188 atau platform teknologi AI pelancongan Go Tifi. Korang juga boleh mendapatkam tiket secara manual di kaunter menara itu.

Selain daripada menerokai panorama bandar dan sungai Kuantan, korang juga boleh mencuba aktiviti seperti ‘Sky Walk’, ‘Drop Zone’ dan ‘Anthena Climb’ sama seperti yang terdapat di Menara Macau dan Taipei 101.

Kuantan 188 adalah sebuah mercu tanda strategik yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) secara berkolaborasi dengan kerajaan Pahang.

Iklan

Ia adalah sebahagian daripada siri pembangunan bagi menambah baik tebingan sungai Kuantan sebagai sebuah aset utama dan warisan budaya yang menjadi tarikan pelancong ke sana.

Pengunjung boleh melawati Kuantan 188 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada hari biasa atau 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam pada hujung minggu.

Tiket boleh didapati dengan harga RM15 bagi orang dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak untuk melawat tingkat pemerhatian. Untuk melawat Skydeck, bayaran tiket ialah RM28 bagi dewasa dan RM18 bagi kanak-kanak.

Bagi pengunjung yang ingin melawati kedua-dua bahagian tingkat pemerhatian dan Skydeck, caj tiket ialah RM38 bagi dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak.

Iklan

Wah, nampaknya bertambahlah lokasi menarik untuk dikunjungi apabila bertamu ke Kuantan nanti.

Baca juga: Bermalam Bersama Haiwan Jinak, Lima Destinasi Percutian Ini Pasti Buat Si Cilik Teruja

Jangan lupa follow kami di Instagram!