PENYANYI popular, Faizal Tahir tidak bersetuju dengan #LathiChallenge yang kini menjadi ikutan beberapa selebriti dan influncer terkenal.

Menerusi luahan yang dibuat di akaun Twitternya, Faizal mempersoalkan apakah kebaikan yang dapat diberikan kepada masyarakat menerusi video tarian sebegitu.

“Bagi yang beragama Islam khususnya, kalau buat apa-apa, fikirlah dahulusama ada apa yang kita lakukan itu akan dibenarkan Nabi Muhammad atau tidak.

“Masa dan usaha yang anda lakukan bagi memastikan cabaran itu sempurna di media sosial tidak dapat dibayangkan. Anda tak rasa ALLAH akan tanya bila di hari pertimbangan kelak?

“Pernah tak terfikir, buat callenge berjoget bagai dan post di media sosial, apa untungnya? Apa masyarakat dapat?

“Habiskan masa and tenaga buat benda yang tak berguna dan tak menyumbang kepada amalan kita untuk bekalan bila dah mati nanti. Fikir-fikirkanlah,,” kataya.

Tambah Faizal, janganlah terlalu mengikut apa yang orang lain buat semata-mata ia adalah trend.

Iklan

“Jangan terlalu terikut-ikut semua benda yang orang lain buat hanya kerana trend. Inilah cara Dajjal memperdayakan anda.

“Allah bagi akal, jangan sia-siakan. Pesanan untuk diri saya,” ujarnya.

Iklan

Rata-ratanya bersetuju dengan pendapat dilontarkan Faizal, bagaimanapun ada juga yang berpendapat Faizal berpandangan sempit dan pernah juga membuat kesilapan.