LEBIH kurang dua hari sahaja lagi kita umat Islam akan menyambut Ramadan. Pasti anda semua teruja dan terfikir-fikir lauk apa nak makan untuk bersahur nanti.

Waktu bersahur yang singkat pastinya memerlukan makanan yang ringkas dan menyelerakan. Oleh itu, di sini Sinar Plus kongsikan beberapa resipi ringkas dan sedap untuk anda bersahur.

1. Telur Hancur Simple

menu resipi

Bahan-bahan:
2 biji telur
1/2 biji bawang merah (dipotong dadu)
100g sayur campur
20g isi ayam
Daun sup (dicincang)
1 sudu mayones
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati bersama campuran mayones.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah.
3. Masukkan sayur campur dan isi ayam. Masak seketika.
4. Masukan campuran telur tadi, daun sup dan sedikit garam.
5. Kacau sehingga mendapat rupa ketulan kecil.
6. Siap.

2. Daging Goreng Kailan

menu resipi

Iklan

Bahan-bahan:
300g daging (dihiris nipis)
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula

Bahan untuk sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung

Bahan tumis:
3 pokok anak kailan (potong 3 cm dan celurkan)
1 sudu makan minyak
1 biji cili merah (dihiris serong)
2 biji bawang merah (dihiris)
6 biji bawang putih (dicincang)
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa

Iklan

Cara-cara:
1. Perap daging dengan bahan perapan selama 30 minit
2. Sementara itu, sediakan sos. Campurkan semua bahan untuk sos ke dalam mangkuk dan ketepikan.
3. Panaskan air dalam periuk dan celurkan sayur kailan.
4. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
5. Masukkan daging yang diperap tadi.
6 .Gaul rata sehingga daging masak.
7. Kemudian masukkan hirisan cili dan sayur kailan yang telah dicelur.
8. Masukkan sos yang sudah disediakan, sedikit gula dan garam.
9. Siap untuk dihidangkan.

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: rasa. my dan unsplash