SELAMA tiga bulan kita semua tidak dibenarkan bergerak ke mana-mana akibat penularan pandemik Covid-19 yang memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mesti ramai yang telah bosan sebab berkurung di rumah kan?

Seperti sedia maklum banyak hotel dan tempat peranginan mula dibuka semula.

Promosi besar-besaran dengan harga yang begitu murah turut ditawarkan.

Buat korang yang bercadang ingin ke Putrajaya, ini ada berita best. Terbaru, tiga daya tarikan utama pelancongan di Putrajaya telah pun beroperasi semula iaitu :-

1. Marina Putrajaya

2. Cruise Tasik Putrajaya

3. Pusat Rekreasi Air Putrajaya

Bersempena dengan pembukaan semula, ketiga-tiga tempat tarikan tersebut mengadakan tawaran promosi menarik yang disebut “TEN-Q TEN RINGGIT” yang mana pengunjung berpeluang mencuba semua kemudahan yang ada di sana dengan bayaran hanya serendah RM10!

Layan aktiviti air hanya RM10 di Putrajaya

Wow! Menarik bukan?

Promosi kaw-kaw itu hanya untuk tempoh 10 hari bermula 1 hingga 10 Julai 2020.

Antara aktiviti menarik yang boleh korang dan keluarga cuba di Pusat Rekreasi Air Putrajaya adalah seperti permainan air dan BBQ.

Iklan

Korang juga boleh menaiki cruise, love boat dan perahu Dondang Sayang jika singgah di Cruise Tasik Putrajaya.

Layan aktiviti air hanya RM10 di Putrajaya

Ia adalah sukan yang menggunakan banyak otot dan mudah untuk membakar kalori serta menyihatkan tubuh badan korang.

Dah lama terperap di rumah inilah peluang bersenam bakar balik kalori dan lemak tepu.

Iklan

Kalau rasa terigin nak buat aktiviti sukan indoor seperti gimnasium, squash atau bermain snuker, bolehlah ke Marina Putrajaya pula.

Tapi, jangan risau dengan kebersihan dan tahap keselamatan jika datang makan angin ke sana, kerana pihak Marina Putrajaya telah menyediakan SOP yang ketat demi menjaga penjarakan sosial kepada pengunjung.

Cepat tau, promosi ini akan berakhir10 Julai nanti okay! Jangan terlepas, rugi nanti.

Sumber: FB Marina Putrajaya