JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu mahkamah telah memutuskan dia tidak bersalah di atas kesalahan mendera anak angkatnya, Ameenah.

Aliff memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya berkaitan anak ketiganya, Ibraheem Adham atau Baem yang mengalamai kecederaan akibat jatuh motor.

“Budak lasak jatuh motor, Baem dan dia akan kembangkan hidung tanda dia bersalah. Kalau Ameenah mahu kes polis.

“Apa pun kes Ameenah, mahkamah dah putuskan yang saya tak bersalah hanya berunsur fitnah,” ujarnya.

https://www.instagram.com/p/CB3MkvQptZs/?utm_source=ig_web_copy_link

Sebelum ini Aliff didakwa memukul dan mencubit anak angkatnya yang berusia dua tahun itu pada 28 Februari lalu selepas seorang pembantu rumah warga Indonesia membuat laporan polis dan mendakwa kanak-kanak perempuan itu menjadi mangsa penderaan.

Iklan

Aliff kemudiannya ditahan namun dibebaskan dengan jaminan polis, manakala Ameenah diserahkan kepada pembantu peribadinya untuk dijaga sementara atas nasihat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling Jaya.

Iklan

Selain Baem dan Ameenah, Aliff yang mendirikan rumah tangga bersama Nur Shahida Mohd Rashid pada 2007 turut dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Yusoff Al Qardawy serta Raudhah Arsyiah.

https://www.instagram.com/tv/B8Y4hJtJDfK/?utm_source=ig_web_copy_link