3 hari 3 malam masak telur pindang, wanita ini kongsi tip rahsia hasilkan resipi enak

MENGIKUT pendapat masyarakat zaman dulu, telur melambangkan kesuburan. Maka, tidak hairanlah pada majlis perkahwinan, telur menjadi salah satu cenderamata popular diberikan kepada tetamu.

Namun, di Johor, ia lebih istimewa. Orang ramai yang bertandang ke upacara meraikan raja sehari menantikan telur pindang.

Dari segi luaran, mungkin ramai mengandaikan kulinari berkenaan mudah untuk dibuat.
Pun demikian, seorang usahawan telur pindang, Hazratul Marziah Mohd Shukor menafikannya dan berkata, proses pembuatan agak rumit dan memerlukan kesabaran.

“Pertama sekali, telur perlu dibersihkan satu persatu sebelum disusun ke dalam periuk secara cermat untuk mengelak ia pecah,” katanya yang mengusahakan bisnes Telur Pindang Tradisi Johor.

Ujar wanita berusia 41 tahun itu lagi, disebabkan beberapa daun herba sulit untuk ditemui, beliau terpaksa mengupah beberapa penduduk untuk mendapatkan stok bahan.

Selain daun salam, telur pindang yang sempurna memerlukan daun jambu batu, daun senduduk (berbunga ungu), daun manggis, daun mengkudu, daun serai wangi, daun bebuas dan serai.

Beritahu Hazratul Marziah lagi, semua daun herba berkenaan yang ditambah akan direneh selama tiga hari tiga malam supaya rempah dapat meresap sebati.

“Pendekatan itu juga boleh membuatkan telur boleh tahan lebih lama iaitu kurang dua minggu hingga sebulan jika teknik penyimpanannya betul,” ujarnya.

Seperkara kata beliau, pemilihan telur yang segar perlu diberi perhatian. Ini kerana penggunaan telur lama akan menyebabkan ia mudah kecut setelah direbus.

“Hal itu boleh terjadi kerana ketika proses rebusan, air akan banyak masuk ke dalam telur. Walaupun ia masih boleh dimakan tetapi kualitinya tidak sama dan akan lebih keras,” katanya yang mewarisi resipi turun-temurun daripada keluarga.

Iklan

RESIPI TELUR PINDANG

BAHAN-BAHAN

Cara penyediaan:

Iklan
  1. Basuh telur, daun dan bahan-bahan rempah sehingga bersih.
  2. Susun telur berselang-seli dengan semua bahan dan rempah.
  3. Masukkan air melebihi paras telur sehingga tenggelam.
  4. Reneh semuanya selama tiga hari tiga malam.
  5. Pada hari keempat, keluarkan telur daripada periuk. Masak menggunakan api kecil.
  6. Selepas itu, sejukkan telur dan boleh dimakan.

Baca juga: Betulkah makan telur boleh lambatkan proses penyembuhan luka dan bernanah? Ini fakta yang ramai kena tahu

Baca juga: Campuran kulit telur dan serbuk kopi terpakai, pokok subur tanpa guna baja kimia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi