KONSEP makan-makan di pesisiran pantai dengan famili memang menyeronokkan.

Apatah lagi dapat menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Boleh terlena dibuatnya.

Sambil-sambil tunggu set makanan sampai terus ke meja, si kecil boleh bermain air atau pasir bagi menghilangkan kebosanan.

Lagi menarik, kalau harga makanan laut yang ditawarkan murah, di samping suasana dekorasi yang cantik.

Kalau kita lihat, sejak kebelakangan ini kebanyakan pengusaha kembali membangkitkan nostalgia kampung dalam pembikinan premis mereka.

makan tepi pantai

Tidak kurang juga yang ‘memanipulasikan’ kembali kontena lama menjadi sebuah rumah makan yang menarik.

Itu semestinya menjadikan satu bonus untuk menarik orang ramai untuk datang bertandang sambil makan-makan.

Daripada carian SinarPlus, terdapat lima destinasi menjamu selera di tepi pantai yang mempunyai keunikan tersendiri yang boleh dipertimbangkan oleh anda sekiranya secara kebetulan berada di lokasi berkenaan:

makan tepi pantai

1. D’perapi Tebengau
Alamat: Kampung Lahar Pumpong, Kuala Kedah, Kedah
Waktu operasi: Bermula 1 petang (Jumaat dan Ahad) dan 3 petang (Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu)
Facebook: D’perapi Tebengau
Instagram:@dperapitebengau

makan tepi pantai

2. Tomisstan Cafe
Alamat: Pantai Parit Kedondong Laut, Muar, Johor
Waktu operasi: 3 petang hingga 10 malam
Facebook: Tomisstan

Baca juga Santai jalan-jalan di Kuala Lumpur, ini 6 makanan viral wajib cuba

makan tepi pantai

Iklan

3. Stone Cafe
Alamat: Kuala Kemaman, Kemaman, Terengganu
Waktu operasi: 5 petang hingga 11.30 malam
Facebook: Stone Cafe Kuala Kemaman
Instagram: @StoneCafeKuala

makan tepi pantai

4. Port LANUN
Alamat: Lot 1641, Batu 8 1/2, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan,
Waktu operasi: 6 petang hingga 12 malam
Facebook: Port LANUN Port Dickson
Instagram: @warungsalaitelukkemangikanbakar

Baca juga Kafe viral dalam kebun, 5 lokasi sajikan menu signatur unik segar dari ladang

Iklan

makan tepi pantai

5. Local Cafe
Alamat: Pantai Pelindung, Beserah, Kuantan, Pahang
Waktu operasi: 5 petang hingga 10 malam
Facebook: Local Cafe
Instagram: @LocalCafe2016

Jadi, apa lagi, sekali-sekala ambil angin petang sambil menikmati makanan laut goreng tepung memang layan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan