DALAM kalangan pencinta pasta, lazimnya spageti bolognese yang merupakan adunan daging kisar bersama tomato segar dengan sedikit perahan jus lemon menjadi kegemaran.

Pun demikian, restoran Anggun Chef Cafe yang terletak di ibu kota telah menongkah arus dengan mengubah suai menu berkenaan sesuai dengan cita rasa masyarakat Malaysia.

Jika pembaca SinarPlus memikirkan rencah asam pedas hanya sesuai dinikmati dengan nasi, anda silap. Ini kerana kafe berkenaan memperkenalkan Spageti Anggun Asam Pedas Kambing Bakar.

anggun chef cafe

SinarPlus baru-baru ini telah dipelawa untuk mencuba enam sajian signatur unik di sana dan menu itu ternyata menarik perhatian penulis.

Apa yang boleh disimpulkan, meskipun nama sajian kelihatan canggung, namun apabila menu itu dicuba buat pertama kali, gabungan spageti dan asam pedas nampaknya serasi. Lain daripada yang lain!

Artikal berkaitan: Resipi rahsia ibu rupanya buat Nasi Ayam Baba ini popular di Melaka

Ia bertambah enak dengan hirisan kambing bakar. Sepinggan cuma RM25 dan harga itu berbaloi dengan persembahan sajian yang eksklusif dengan hiasan bunga telang.

Anggun Chef Cafe yang tampil dengan kepelbagaian masakan Barat dan Asia turut memperkenalkan satu lagi menu popular iaitu Anggun Nasi Lemak Rendang Mentega Kacang (RM18).

anggun chef cafe

Mentega kacang disatukan dengan rendang? Agak pelik namun rupa-rupanya apabila ramuan rempah rendang diadun bersama mentega tersebut telah menghasilkan satu rasa yang unik, lemak manis dan bertambah menyelerakan apabila ditambah dengan ayam goreng berempah.

Kepada mereka yang menjaga badan, jangan bimbang kerana pelbagai jenis salad disediakan. Selain itu, terdapat tiga jenis sup, sepinggan variasi keju premium dan Vietnamese Fruit Tale. Sajian ikan salmon dengan sos barbeku bersama risotto nanas juga ada ditawarkan.

anggun chef cafe

anggun chef cafe

Selain piza Marinara yang sentiasa menjadi pilihan, mereka yang sukakan masakan itik panggang barangkali boleh mencuba menu signatur, Anatra Risotto iaitu daging itik panggang yang dihidangkan bersama nanas dan sos balsamic barbeku pada harga RM40.

Meskipun penulis bukan peminat tegar daging itik panggang, namun sekali cuba, membuatkan diri terus berselera untuk suapan kedua dan seterusnya.

Pengasasnya, Mimie Azura Mohamad yang juga Pengarah Urusan Anggun Dinamik Holdings Sdn Bhd mengakui, idea ramuan yang dicetuskannya sendiri itu ternyata memiliki peminatnya tersendiri khususnya pengunjung luar negara yang menyukai hidangan fusion.

anggun chef cafe

“Saya amat menitikberatkan kualiti premium masakan dan akan memastikan setiap hidangan disajikan sempurna bersama bunga segar seperti bunga telang yang menjadi signatur kami.

“Olahan resipi masakan Melayu yang digabungkan dalam pelbagai menu ternyata kena dengan tekak orang mat saleh dan paling penting, semuanya tidak menggunakan bahan perisa tambahan,” tuturnya kepada SinarPlus.

anggun chef cafe

Bagi peminat tegar kopi, Mimie Azura berkata, pihaknya juga menyediakan minuman yang diimport khas dari Perancis.

Kafe yang bertemakan Elegance in Flavours dengan konsep minimalis itu turut menjual pek rempah signatur menu pilihan buat pelanggan yang ingin menjamu selera di rumah.

Iklan

Anggun Chef Cafe Restaurant

  • Alamat: 8, Jalan Dutamas 2, Kompleks Kerajaan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Menu signatur:  Anggun Nasi Lemak Rendang Mentega dan Spageti Anggun Asam Pedas Kambing Bakar
  • Harga: Bermula RM7 hingga RM80
  • Facebook: Anggun Chef
  • Instagram: @anggun_chef

SELAIN restoran Anggun Chef Cafe yang menyediakan sajian fusion unik dengan ramuan tersendiri, terdapat beberapa pengusaha kafe lain yang turut mengimplemenkan idea sama.

Artikal berkaitan: Makan mewah pada harga bajet! Jom serbu 5 hotel ini sekitar KL dan Selangor     

Bukan sahaja persembahan hidangan menjadi tarikan, keenakan menu juga membuatkan ramai terus ‘melekat‘ sehingga menjadikan kafe kegemaran mereka sebagai lokasi beriadah dan makan setiap kali pada hujung minggu atau pada hari gaji.

Berikut merupakan empat destinasi makan-makan sekitar Kuala Lumpur yang SinarPlus yakin boleh menambat selera pembaca:

Mikro

mikro

Iklan
  • Alamat: Jalan Bandar Melawati, Melawati Square, Taman Melawati Kuala Lumpur
  • Menu signatur: Seafood Aglio E Olio
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 12 tengah malam
  • Facebook: Mikro
  • Instagram: @mikro.kl

Dotty‘s Pastries & Coffee

dotty

  • Alamat: Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan Platinum Park, Persiaran KLCC
  • Menu signatur: Stew kambing bersama signatur croti
  • Waktu operasi: 8 pagi hingga 10 malam
  • Facebook: Dotty’s Pastries & Coffee
  • Instagram: @mydottys

Mukha Cafe

mukha

  • Alamat: Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
  • Menu signatur: Homemade ShawarmaWaktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
  • Facebook: Mukha
  • Instagram: @mukhacafe

Little Rimba

little rimba

  • Alamat: Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
  • Menu signatur: Nasi Lemak Cinta Ayam Goreng Berempah dan Lontongku Sayang
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang (Jumaat tutup)
  • Facebook: Little Rimba
  • Instagram: @littlerimba