MASYARAKAT Malaysia yang berbilang kaum telah memberi kelebihan kepada kita untuk mencuba pelbagai sajian yang enak belaka.

Antara yang paling popular ialah nasi daun pisang yang sememangnya terkenal di restoran-restoran India atau mamak.

Baca juga Percutian yang dirindukan, tiket makin murah, ramai tak sabar nak keluar melancong. Ini lokasi cadangan kami…

Sekiranya, kalian memang tinggal sekitar Lembah Klang atau secara kebetulan berada di kawasan berhampiran, kami mencadangkan beberapa restoran yang menghidangkan sajian tersebut seperti dikongsi oleh pihak Tourism Malaysia.

1) RESTORAN YAP KEE BANANA LEAF, KLANG

Daripada nama restorannya sahaja sudah menunjukkan premis tersebut menjual nasi daun pisang.
Antara menu yang wajib dicuba ialah ayam goreng berempah, ikan goreng, kari ayam, kari ikan, dan kari kambing.
Jangan lupa makan bersama papadom dan sayur kubis!
Fuh! rasanya lebih sedap. Jus ambra juga antara minuman yang anda perlu cuba.

2) KANNA CURRY HOUSE, PETALING JAYA

Apa yang menarik di restoran Kanna Curry House? Terletak di Seksyen 17 itu dan sudah bertapak sejak tahun 1976 lagi menunjukkan bagaimana premis ini diminati ramai.
Menariknya, sajian seperti sotong goreng dan kari ikan antara dua menu wajib dicuba.

3) RESTORAN SRI NIRWANA MAJU, SUBANG JAYA

Anda suka sayur peria? Maka, wajib datang ke sana untuk merasa peria goreng yang cukup rangup.
Restoran tersebut yang terletak di USJ, Subang Jaya turut menyajikan nasi daun pisang yang unik.
Makanan bergoreng yang disediakan juga tidak kurang hebatnya.

4) LAXMI’Z KITCHEN, RAWANG


Restoran yang terletak di Rawang itu menghidangkan juadah nasi daun pisang yang lazat.
Jika anda ingin makan menu ketam masala, di sinilah tempat yang tepat untuk menikmati hidangan yang enak itu. Pasti tak menyesal!

5) ACHA CURRY HOUSE, PETALING JAYA

 

Iklan


Hidangan daun pisang yang ditawarkan di Acha Curry House juga sangat enak.
Antaranya pelbagai masakan yang berasaskan kari seperti kari ikan masin, kari ikan, kari ayam dan kari ketam.
Bukan itu sahaja, anda akan rambang mata jika melihat pilihan sayur yang terdiri daripada labu puree, acar timun dan sayur tauge.

6) MATAHARIIS BANANA LEAF, SERI KEMBANGAN

Terkenal sejak tahun 2004, istimewanya restoran tersebut kerana hidangan nasi daun pisang yang disajikan dengan nasi putih atau nasi kuning.
Selain nasi daun pisang, anda boleh cuba menu thosai yang terkenal di restoran ini.

7) MACHA & CO, THE CURVE


Kalau anda gemar tempat tertutup dan berhawa dingin, di sinilah tempat yang tepat.
Premis ini dikatakan menggunakan resipi turun-temurun daripada beberapa generasi. Pasti anda teruja bukan?

Iklan

Baca juga Tiada lagi paku, kedai makan akur arahan KKM, guna getah pengikat untuk membungkus

Kepada anda yang sedang menjaga berat makan, anda boleh memilih beras perang yang semestinya mengandungi pelbagai khasiat.

Justeru, kalau anda tidak tahu mahu makan di mana pada hujung minggu ini, bolehlah pergi ke salah satu restoran yang disarankan.

Namun, jangan pula lupa untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Jangan lupa follow kami di Instagram!