DALAM diam, hampir seminggu juga kita sudah menjalani ibadah puasa. Macam mana hidangan makanan berbuka anda tahun ini? Masak sendiri atau beli di bazar saja?

Kalau sebelum ini lagi banyak beli di luar, apa kata kali ini kita bagi dapur sendiri pula berasap.

Kebetulan, SinarPlus tertarik dengan perkongsian resipi Muhammad Ali dalam Facebook grup Masak Apa Hari Ini.

Beliau kongsikan pencuci mulut klasik iaitu agar-agar pandan santan yang yang biasanya dihidangkan kepada para tetamu kalau ada kenduri-kendara. Ini antara bahan-bahan dan cara penyediaannya:

BAHAN-BAHAN

12 gram agar-agar tali
4 cawan air
5 helai daun pandan
200 mililiter santan
1 biji telur gred A
125 gram gula
1 sudu kecil pewarna hijau

 

Cara penyediaan:

1. Kisar daun pandan menggunakan secawan air. Tapis air pandan yang sudah dikisar.

2. Kacau santan dan sebiji telur sehingga sebati. Ketepikan.

3. Buka api sederhana, masukkan empat cawan air dan agar-agar tali. Biarkan mendidih.

4. Kemudian, masukan gula, air pandan, santan, telur dan pewarna hijau ke dalam adunan tadi. Kacau sebati supaya tidak berketul.

5. Selepas itu, biarkan mendidih satu hingga dua minit. Jangan kacau dalam masa itu supaya santan terpisah dengan air.

Iklan

Baca juga Puding Pandan Thai cair di mulut, enak disaji tika berbuka

6. Setelah satu hingga dua minit. Kacau beberapa saat dan terus masukkan dalam loyang lapan inci.

7. Biarkan pada suhu bilik 30 hingga 40 minit. Selepas itu, baru masukan dalam peti sejuk selama dua jam.

8. Akhir sekali, siap untuk dihidangkan.

Iklan

Tak susah pun sebenarnya buat agar-agar ini. Belum buat lagi sudah terasa kesegarannya pada tekak. 🙂

Lagi-lagi bau haruman daun pandan yang memberi kelainan pada agar-agar itu.

Jom kita buat hujung minggu ni, boleh juga bagi pada jiran-jiran. Selamat mencuba!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI