LEBIH mudah dan jimat masa. Resipi aglio olio sempoi dengan tiga bahan mudah memang sesuai dijadikan bekal anak sekolah.

Bagi ibu-ibu, waktu memasak untuk sarapan pagi sangatlah suntuk, apatah lagi ditambah permintaan anak yang mahu membawa bento comel ke kelas.

Mahu tak mahu, gigihlah juga bangun pagi untuk memasak menu ringkas buat kesayangan bagi mengalas perut ketika waktu rehat.

aglio olio sempoi

Perkongsian resipi mudah yang dikongsikan Sasha Sabrina di media sosial dan portal masakan CookPad ternyata menarik perhatian ramai.

Apatah lagi dihiasi dengan Googley Eye Candy Sprinkles yang dibuat sendiri menambahkan ‘keceriaan’ bekal makanan tersebut.

Baca juga Spageti segera untuk anda yang sibuk dan tiada masa, cepat dimasak, sedap untuk dimakan

Berikut bahan-bahan untuk juadah aglio olio yang sempoi untuk seorang makan:

Bahan-bahan

aglio olio sempoi

Cara penyediaan:

1. Tumis bawang putih dengan minyak sehingga naik bau.
2. Masukkan air dan garam, kemudian panaskan hingga mendidih.
3. Masukkan pasta dan rebus selama 8 minit sampai lembut.
4. Toskan air rebusan.
5. Kemudian tambah 1 sudu minyak zaitun dan keju.
6. Gaul sekata selama 3 minit sebelum matikan api.
7. Siap untuk dihidangkan.

Baca juga Resipi Chili Cream Seafood Pasta sedap tak terkata dan memang mengiurkan. Jom cuba

aglio olio sempoi

Untuk menambah seri menu sarapan pagi, potongan keju keping dan kek mini yang dihiasi Googley Eye Candy Sprinkles pasti membuatkan si kecil tersenyum.

Bagi mempelbagaikan sajian, jagung rebus, potongan buah segar, telur rebus atau sushi juga menarik sebagai santapan waktu rehat.

aglio olio sempoi

Barangkali kalian juga mempunyai idea unik dan ringkas untuk dikongsikan bersama di dalam ruang komen di bawah.

Nota: Menu berkenaan untuk penyediaan untuk seorang makan. Sekiranya, untuk dua atau tiga orang, tambahkan bilangan porsi bahan-bahan ya 😉

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan