DATARAN Batu Putih yang terletak di Marang, Terengganu memang istimewa.

Ia bukan sahaja terkenal sebagai destinasi pelancongan yang sedang pesat membangun, malah rata-rata pengunjung yang ke sana kerap melontarkan kata-kata pujian terhadap keenakan air nira segar dan lokan bakar.

Pendek kata, penangan air nira yang dipanggil Sweet Nira Terengganu memang tersohor sehinggakan ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu mencubanya.

Pengerusi Dataran Batu Putih, Noor Azman Hasan mengakui, kesemua air nira yang dijual diambil terus dari pokok kelapa pandan.

nira lokan dataran batu putih

“Rasanya memang manis dan enak. Tiada sebarang gula tambahan dibubuh dan sangat baik untuk kesihatan khususnya mereka yang sudah berusia.

“Satu lagi, jangan bimbang kerana air nira yang ditawarkan bukannya jenis yang ditapai. Kami juga dapatkannya pada setiap pagi dan petang dari ladang kelapa pandan seluas 40 hektar,” katanya.

nira lokan dataran batu putih

nira lokan dataran batu putih

Mengenai lokan bakar pula, Noor Azman memberitahu, gabungan sajian hasil sungai tersebut yang dimakan bersama air nira memang bersesuaian.

“Lokan bakar kami memang segar dan bersaiz jumbo. Ia diambil terus dari sungai berhampiran dataran ini. Kalau bekalan terhad, kami akan dapatkannya dari kawasan berhampiran.

Baca juga Nasi kuning versi Tawau, hidangan sarapan pagi masyarakat Tawau. Roti Kahwin, Mi Tauhu pun sedap!

“Percayalah, sekali cuba, pasti mahu lagi. Ramai para pelanggan dari merata negeri datang berulang kali ke premis kami ini,” katanya yang turut menyediakan kulinari unik berasaskan kelapa seperti loklik (sejenis kuih yang diperbuat daripada beras pulut), nise nyior dan banyak lagi.

nira lokan dataran batu putih

Seperkara yang turut menarik perhatian SinarPlus adalah desain tujuh bangsal yang ditransformasikan menjadi gerai dan 15 premis makanan di Dataran Batu Putih.

Kata Noor Azman, beliau bersama komuniti lain mahu menampilkan sebuah perkampungan Melayu klasik Terengganu dengan binaan yang diperbuat daripada kayu hutan dan atap nipah.

nira lokan dataran batu putih

Menariknya lagi, infrastruktur lain seperti jongkang-jongket, buaian, jambatan dan pentas adalah sentuhan penduduk tempatan yang sangat berkemahiran.

“Disebabkan bajet terhad pada awalnya, kami berusaha membangunkan kawasan terbiar tepi sungai ini dengan desain yang menggambarkan perkampungan zaman dahulu kala.

nira lokan dataran batu putih

“Saya mahu menjadikan kawasan ini seperti di Sungai Mekong, Vietnam. Pada masa sama, kami merancang untuk mewujudkan pasar terapung dengan pelbagai menu istimewa Terengganu,” ujarnya penuh semangat.

Baca juga Roti Wrap Nasi Lemak, Roti Canai Biawak dan Roti Berlauk bikin gerai Abang Terbang sentiasa penuh. Ini rahsianya

Selain bersantai menikmati juadah yang ditawarkan pada harga berpatutan, orang ramai juga berpeluang untuk menelusuri sungai untuk melihat keindahan kelip-kelip.

nira lokan dataran batu putih

Iklan

“Bagi mereka yang mahu datang melihat kelip-kelip pada sebelah malam, tiket untuk ke sana hanya bermula pada harga RM6 hingga RM10 sahaja. Di samping makan, boleh cuci mata melihat keindahan ‘lampu semula jadi’ di sepanjang sungai,” katanya.

#jomsinggah 

Tidak mudah mahu mencari air nira segar yang enak dan kena dengan selera kita.

Barangkali keistimewaan Sweet Nira Terengganu yang digandingkan dengan lokan bakar yang cukup popular di Dataran Batu Putih, Marang, Terengganu boleh dicuba terutama kepada mereka yang pertama kali mahu merasainya.

Berikut empat lagi destinasi yang menawarkan air nira asli yang mempunyai keunikan tersendiri:

nira lokan dataran batu putih

Lokan Panggang & Kelapa Bakar
Alamat: Jalan Sulaman , Kampong Salut,
Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi:
12 tengah hari hingga 5 petang
Harga: Bermula RM6
Facebook: Lokan Panggang & Kelapa Bakar

Iklan

nira lokan dataran batu putih

Nira Nipah Bachok
Alamat: Penghantaran sekitar Klang dan Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Penghantaran mengikut tempahan
Harga: RM7
Facebook: Nira Nipah Bachok

nira lokan dataran batu putih

Air Nira Ori Pior
Alamat: Sekitar Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: Penghantaran mengikut tempahan
Harga: RM7
Facebook: Fatrisya Faqeeha

nira lokan dataran batu putih

Air Tuak Kelapa Wangi
Alamat: Sekitar Johor Bahru
Waktu operasi: Penghantaran mengikut tempahan
Harga: RM7
Facebook: Mohd Marwazi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi