MESKIPUN sudah 102 tahun mengusahakan bisnes Ais Tingkap Penang di Lebuh Tamil Tamil bersebelahan Pasar Chowrasta, Pulau Pinang, keaslian dan keenakan minuman berkenaan dikatakan masih tetap sama.

Itu antara lambakan komen positif yang sempat penulis baca tentang keistimewaan minuman tersebut di laman sosial Facebook dan Instagram.

Kata warganet lagi, kunjungan ke Pulau Mutiara menjadi kurang sempurna jika tidak singgah ke premis Ais Tingkap Penang yang kini diusahakan oleh tiga beradik.

ais tingkap

Mohd Taufique Mohamed, 37, yang mewarisi perniagaan arwah datuknya, Abdul Majeed Seeni Rawther (Tok Wan) berkata, bisnes keluarganya kini dimajukan lagi oleh beliau dengan kerjasama abang, Mohamed Jafri, 39, dan adik bongsu, Mohamed Almi, 34.

“Alhamdulillah, Ais Tingkap Penang yang diasaskan sejak tahun 1919 masih diminati ramai. Kami sebagai generasi seterusnya berbangga kerana masih diberi kesempatan menyambung legasi hebat ini,” katanya.

Baca juga Aiskrim gula apong olahan anak jati Sarawak berjaya pikat selera pelanggan Semenanjung Malaysia

Menyingkap serba sedikit sejarah bisnes terkemuka itu, Mohd Taufique berkata, pada asalnya, minuman tersebut dijual oleh Tok Wannya menggunakan basikal roda tiga sebelum berkemampuan menyewa sebuah kedai.

ais tingkap

“Nama ais tingkap pula ‘melekat’ selepas Tok Wan jual air ini melalui tingkap kedai. Masa itu, kedai Tok Wan kecil dan hanya seorang sahaja boleh muat. Melihat keunikan konsep ini, kami meneruskan pendekatan serupa hingga tahun 2011.

Baca juga Sekali makan nasi ganja memang ketagih. Sambal kelapa resipi orang Melaka ini memang lain macam

“Selepas itu, kami berjualan di luar kedai sebaik pemilik premis bertukar tangan,” ceritanya.

Apa rahsia keenakan ais tingkap yang masih dikagumi sampai sekarang?

ais tingkap

Sambil tertawa kecil, Mohd Taufique berkata, air tangan ibunya, Jaleela Begum yang berjaya mengekalkan kualiti, ramuan dan bancuhan yang konsisten tanpa gagal merupakan tunjang utama kepada perniagaan mereka.

“Kami juga tidak menolak bahawa ‘senjata’ lainnya adalah terletak pada sarbat. Campuran air sirap bersama bahan-bahan segar memang tidak lengkap tanpa rebusan akar sarbat.

ais tingkap

Iklan

“Ia bertambah enak jika minuman ini dicampur dengan isi kelapa, biji selasih, bunga kembang semangkuk dan getah anggur,” ungkapnya.
Bisnes mereka nampaknya semakin terkehadapan.

Terkini, Mohd Taufique berkata, ais tingkap mereka dibotolkan dengan menggunakan jenama Ais Tingkap yang kini boleh didapati di restoran nasi kandar seluruh negara.

ais tingkap

Ais Tingkap Penang

  • Alamat: Lebuh Tamil, Georgetown, Pulau Pinang
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 malam
  • Menu signatur: Ais tingkap lemon dan laici
  • Harga: Bermula RM2.50 hingga RM3.50
  • Facebook: Ais Tingkap Penang Road
  • Instagram: @heritageaistingkap

Keunikan ais tingkap yang popular dengan pati sarbat di Pulau Pinang membuatkan ramai tidak sabar untuk bercuti ke negeri itu.

Pun demikian, carian SinarPlus di media sosial mendapati, terdapat beberapa premis lain di beberapa negeri yang mengusahakan minuman yang sama. Antaranya seperti:

Iklan

ais sarbat

Air Sarbat

  • Alamat: PT 15300 138, 139, Jalan Koperatif 3/29, Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu operasi: Bermula jam 10 pagi
  • Menu signatur: Air sarbat
  • Harga: RM4
  • Facebook: N.Iman Nasi Kandar Melayu

ais sarbat

Ais Tingkap Sarbat Lemon Laici

  • Alamat: Sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Bahru
  • Menu signatur: Ais Tingkap Sarbat Lemon dan Laici
  • Harga: RM17.80 (3 set botol)
  • Facebook: NKR Southern Edition
  • Instagram: @nkrsouthernedition

ais sarbat

Sarbat Loqstaq Viral

  • Alamat: Tepi jalan utama Taman Rakyat Mergong, Alor Setar, Kedah
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 4 petang
  • Menu signatur: Air sarbat
  • Harga: RM5.90 hingga RM10
  • Facebook: Ilya Atylia

Jangan lupa follow kami di Instagram!

ais sarbat

Ais Sarbat Balik Pulau

  • Alamat: 175, Jalan Baru, Kampung Paya Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang
  • Waktu operasi: 8 pagi hingga 5 petang
  • Menu signatur: Ais sarbat
  • Harga: Bermula RM3 hingga RM4
  • Facebook: M Faris Ibrahim