TREND aiskrim putar dengan pelbagai jenis hiasan atas (topping) yang mewah dilihat semakin menjadi kegemaran ramai sejak kebelakangan ini.

Di mana sahaja premis yang menjual sajian viral itu, ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.

Fenomena itulah yang telah mendorong seorang pemuda, Mizan Morni memperkenalkan jenamanya sendiri, M Ice Cream Gula Apong sejak September tahun lalu.

aiskrim apong

Mizan, 28, yang berasal dari Kota Samarahan, Sarawak berkata, aiskrim putarnya memang diinspirasikan daripada kebanyakan menu lain yang terdapat di pasaran, namun ia telah diolah mengikut acuannya sendiri.

Ujar lelaki itu, biasanya gula apong yang diperbuat daripada nira nipah selalu dijadikan manisan dalam masakan kuih tradisi di Sarawak, namun beliau telah menggunakan bahan tersebut sebagai intipati utama dalam pencuci mulut sentuhannya.

“Untuk menghasilkan gula apong, ia selalunya memakan masa lebih kurang lima jam agar gula tahan lama dan lebih sedap. Jadi, aiskrim yang saya buat sendiri ini memang tidak menggunakan perasa tiruan.

“Untuk menghasilkan rasa yang betul-betul sedap dan menepati selera ramai sebenarnya bukan mudah, tetapi alhamdulillah ekperimentasi selama lapan hari berjaya menghasilkan kualiti dan rasa yang terbaik,” ujarnya.

Mizan memberitahu, aiskrim putar yang digabungkan dengan coklat Belgian bersama gula apong menjadi antara pilihan utama pelanggannya kerana rasa coklat yang pahit cukup serasi digabungkan dengan manisan nira nipah.

aiskrim apong

“Rasa coklatnya juga lebih pekat dan kurang manis. Ia akan bertambah enak jika dinikmati bersama dengan potongan madu kom dan coklat chip,” katanya.

Selain itu, aiskrim putar dengan pilihan perisa madu maduka (madu lebah asli keluaran New Zealand) dan kurma juga tidak kurang hebatnya.

Menariknya lagi, para pelanggan turut diberi opsyen memilih lima topping secara percuma.

Antaranya seperti  coklat urai, nestum, kacang tanah cincang dan emping jagung.

Iklan

“Untuk hidangan yang lebih istimewa, orang ramai hanya perlu tambah RM5 untuk potongan madu kom dan RM1 untuk coklat chip.

aiskrim apong

“Dengan bayaran tersebut, mereka akan menikmati aiskrim gula apong istimewa dengan pilihan rasa premium pada harga RM13.70 sahaja,” katanya lagi.

Populariti M Ice Cream Gula Apong yang sangat disukai ramai itu telah membuatkan usahawan hebat tersebut berjaya membuka 11 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Kami juga sedang berusaha untuk menambah tiga lagi cawangan pada masa akan datang.

Iklan

“Saya harap jenama ini akan terus diminati ramai,” katanya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

aiskrim apong

M Ice Cream Gula Apong

  • Alamat: Cawangan di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 8 malam
  • Menu signatur: Aiskrim Gula Apong Mix
  • Harga: Bermula RM3.70 hingga RM13.70
  • Facebook: M Ice Cream
  • Instagram: @micecream

Kepada mereka yang menggemari keaslian gula apong, gula melaka atau gula merah, aiskrim putar yang menggunakan bahan tersebut wajib dicuba.

Harga yang dijual juga tidak terlalu mahal dan mampu milik. Selain M Ice Cream Gula Apong, berikut ada empat lagi destinasi pilihan aiskrim jenama tempatan yang boleh disinggah selepas tamat larangan merentas negeri nanti.

Bagi mereka yang tinggal berhampiran, premis masih dibuka seperti biasa, namun jangan lupa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.

aiskrim apong

Apong Ice Cream

  • Alamat: Outlet Alor Setar dan Jitra, Kedah
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 6.30 petang
  • Menu signatur: Aiskrim Gula Apong Strawberi
  • Harga: Bermula RM3 hingga RM6.50
  • Facebook: Apong
  • Instagram: @apongicecream

aiskrim apong

Mokti’s

  • Alamat: Cawangan Perlis, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 8 malam
  • Menu signatur: Apong Honey Comb
  • Harga: Bermula RM3 hingga RM13
  • Facebook: Mokti’s Ice Cream Gula Apong HQ Malaysia
  • Instagram: @moktishqmalaysia

aiskrim apong

Ice Cream Bubble Bee

  • Alamat: Cawangan di seluruh Malaysia
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 8 malam
  • Menu signatur:
  • Aiskrim madu dan peanut butter
  • Harga: Bermula RM8.70 hingga RM18.20
  • Facebook: BubbleBeeMy
  • Instagram: @bubblebeemalaysiahq

aiskrim apong

DP Ice Cream

  • Alamat: Cawangan di Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Sabah, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 8 malam
  • Menu signatur: Perisa asli
  • Harga: Bermula RM2
  • Facebook: DP Ice Cream Gula Apong
  • Instagram: @dpicecreamgulaapong.hq