PEJAM celik, pejam celik dan sedar tak sedar, kalendar tahun baharu 2022 sudah memasuki puluhan hari sudah.

Lebih kurang seminggu lagi, perayaan Tahun Baharu Cina pula bakal disambut dengan penuh kemeriahan (dengan menuruti prosedur operasi standard tertentu) selepas dua tahun Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasakan.

Kalau kita lihat di kompleks beli-belah, sudah berduyun-duyun masyarakat Tionghua membeli-belah pakaian baharu, malah ada yang beraya dengan perabot terkini.

Selain itu, seperti juga perayaan Aidilfitri dan Deepavali, sambutan Tahun Baharu Cina tidak sah dan tidak lengkap tanpa pelbagai juadah tradisi yang menyelerakan.

baca juga Telur sambal cili padi ringkas, sedap! Pasti menggoda

Kepada yang memilih untuk menjamu selera di luar atau mahu belanja ahli keluarga menikmati makanan yang lazat dan berkualiti, SinarPlus mencadangkan anda menghalakan stereng kereta ke Restoran Cina Tung Yuen di Mardhiyyah Hotel & Suites yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.

Menariknya, premis ini menyediakan makanan halal! Kepada orang Islam, jika anda peminat makanan Cina, anda turut dialu-alukan ke sana.

SinarPlus yang dipelawa mencuba segala macam jenis sajian di restoran itu baru-baru ini memang teruja melihat sejumlah hidangan yang disediakan oleh Cef Patrick Ng dan pasukannya.

Okey, berikut menu yang boleh dirasai di Restoran Cina Tung Yuen itu:

1) AUSPICIOUS YEE SANG
-Ini merupakan sajian utama untuk sambutan Tahun Baharu Cina. Terdapat variasi saiz dan jenis yang boleh dipilih. Antaranya seperti Lucky Salmon Yee Sang, Colorful Jelly Fish Yee Sang, Prosperity Abalone Yee Sang, Joyful Salmon Fish & Jelly Fish Yee Sang dan Special Vegetarians Yee Sang.
-Berkenaan dengan harga, ia bermula RM48++ hingga RM138++ dengan minimum dua orang makan.

Iklan


2) PRE CHINESE NEW YEAR APPRECIATION LOH SANG
-Khas untuk famili atau bersama rakan pejabat atau klien anda (dalam lima hingga 8 orang).
-Kalau dalam jumlah yang ramai, harga mencecah RM688++ (7 hidangan), RM988++ (8 hidangan), RM1,288 (8 hidangan), RM1,388 dan RM1,888.80 (8 hidangan).
-Ingat, kena RSVP dulu ya.

3) THE SPECIAL NEW YEAR EVE DINNER
-Ini memang istimewa kerana ada pelbagai menu tambahan disediakan. Antaranya seperti Lucky Salmon Fish Yee Sang, Double Boiled Black Garlic, Dry Seafood Soup with Chicken and Cordyceps Flower, Steamed Village Chicken with Dry Scallop Sauce and Hong Kong Kai Lan dan Baked White Shell Prawn with Honey Ginger and Sesame Sauce.


-Selain itu, terdapat Steamed Red Garoupa with Wood Ear Fungus “Kampong” Style, Braised Baby Abalone with Shimenji Mushroom and Broccoli, Steamed Rice with Sun Dried Oyster and Dry Shrimp & Crispy Fried New Year Cake “Nian Gou”. Macam-macam ada.
-Tawaran untuk 8 hidangan dalam set mu bermula pada harga RM 688.00++ (5 hingga 6 orang) dan RM1,388++ (8 orang).

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Restoran Cina Tung Yuen juga menawarkan Chinese New Year Prosperity yang didedikasikan untuk pertemuan semula sempena makan tengah hari atau makan malam bersama orang tersayang.

Kesemua tawaran bermula dari 15 hingga 28 Februari ini, bermula dari pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang untuk makan tengah hari dan makan malam (6.30 petang hingga 10.30 malam).

Untuk maklumat lanjut, layari laman web, www.mardhiyyahhotel.com.